[VIDEO] “Gugur air mata, suami stroke 3x sebelum majlis” Fasha Sandha Luah Rasa Sedih

Semua pasangan mengimpikan majlis yang sempurna dan meriah. Kebiasaannya pelbagai persediaan rapi dibuat sebelum majlis bermula.

Pengantinlah orang yang paling sibuk sebelum majlis berlangsung bagi memastikan setiap perkara berjalan seperti yang dirancang.

Namun, apa yang sering tidak dihiraukan adalah kesihatan sebelum menjelang majlis yang berlangsung.

Kesihatan merupakan satu eleman penting setiap individu terutama apabila menjelang majlis yang ditunggu-tunggu.

Menerusi perkongsian dari laman Instagram Fasha Sandha, satu perkongsian yang menyentuh hati dimajlis perkahwinan kawan mereka.

Fasha dan suami menghadiri satu majlis perkahwinan sahabat mereka yang diserang stroke sebelum menjelang perkahwinan mereka.

Pengantin lelaki diserang stroke kali ke 3 sebelum majlis dan kelihatan pengantin lelaki berkerusi roda masuk ke dalam dewan.

Anggun berseri berbusana pengantin, majlis turut disulami air mata itu menyaksikan pengantin perempuan tersenyum menolak kerusi roda pengantin lelaki.

Tabah wanita ini, kagum menerima suaminya dalam apa jua keadaan. Seorang wanita yang tabah menghadapi ujian dimajlis persandingannya.

“Tak pernah air mata turun tak berhenti. Jenuh juga tahan untuk sembunyikan. Gugur juga air mata melihat pengantin ini”. 

“Paling kagum dengan isteri yang menerima kekurangan suami yang tiba-tiba diserang stroke 3 kali sebelum berlangsungnya perkahwinan”.

“Kuat dan tabahnya Yin, tahniah diatas perkahwinan dan kami doakan agar perkahwinan ini kekal ke akhir hayat”.

Semoga pengantin ini diberkati dan diberikan kesihatan yang baik. Tahniah dan kami doakan semoga perkahwinan ini kekal ke akhir hayat.