[VIDEO] “Aku pakai sebab bekas suami paksa” Zarina Anjoulie Sahkan Buka Tudung

"KALAU tiada siapa paksa buat apa pakai (hijab). Aku pakai tudung sebab bekas suami paksa," kata pelakon kontroversi Zarina Anjoulie mengenai keputusannya membuka tudung. Zarina berkata demikian bagi membalas komen seorang peminat yang mempertikaikan tindakannya membuka tudung. Dalam masa sama, menerusi Instagram Story Zarina mengesahkan sudah membuka tudung dan tidak kisah dengan kecaman orang ramai. [...]

Pelakon Zarina Anjoulie telah mencetuskan isu apabila dia dengan sengaja memuat naik video di laman Instagramnya dengan pakaian yang mencolokk mata.

Menerusi Instagram Story Zarina mengesahkan sudah membuka tudung dan tidak kisah dengan kecamann orang ramai.

Malah menurutnya, sebeum ini dia memakai tudung kerana paksaan bekas suami.

“Kalau tiada siapa paksa buat apa pakai (hijab). Aku pakai tudung sebab bekas suami paksa,” kata pelakon Zarina Anjoulie mengenai keputusannya membuka tudung.

Zarina berkata demikian bagi membalas komen seorang peminat yang mempertikaikan tindakannya membuka tudung.

“Assalamualaikum, saya secara rasmi buka tudung. Aku tak kisah dengan kecamman sebab bukan korang yang bagi anak aku makan. Jadi jangan kecaam,” katanya sambil menyanyikan baris perkataan itu tanpa rasa serba salah.

Dalam pada itu, Zarina turut memuat naik kenyataan di Instagram memohon maaf kepada umum yang hampa dengan keputusannya itu.

“Salam semua, saya nak cakap terima kasih kepada semua yang menyokong dan menasihati serta makii.

“Saya tahu meskipun ada yang makii tapi jauh di lubuk hati kalian betul ikhlas menegur cuma cara teguran itu berbeza. Saya tahu niat anda baik.

“Maaf kepada siapa yang hampa dan terima kasih kepada yang sudi memberi peringatan,” tulisnya.

Beberapa hari lepas Zarina mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik video dan foto dirinya tidak lagi berhijab dengan rambut berwarna perang.

Malah, Zarina tampil berani memuat naik video bersama beberapa kenalan wanitanya dengan hanya memakai pakaian yang sangat sekksi hingga menampakkan sebahagian besar payu daranya.

Video dan foto panasnya tular di media sosial Twitter dan Instagram sejak kelmarin hingga mencetuskan kemarahan segelintir pihak mengenai tindakannya seolah-olah mempermainkan agama.

https://www.youtube.com/watch?v=tumH0GBeRU8

Hari ini Zarina dilihat sudah menyahaktifkan akaun Instagram miliknya.