Dua Orang Abang Paknil Dijemput Menghadap Ilahi Dalam Tempoh Sebulan

Tidak sampai sebulan abangnya meninggal dunia, personaliti terkenal Datuk Aznil Nawawi diuji dengan kehilangan seorang lagi abang kandungnya, Azharnim Nawawi malam tadi. Menerusi laman Instagram, beliau memberitahu arwah yang berusia 62 tahun itu menghembuskan nafas terakhir selepas bertarung dengan penyakit kanser. Al-Fatihah! “Seorang lagi kekanda menjadi pilihan Allah untuk bersamanya. Terima kasih Allah pinjamkan kekandaku [...]

Baru saja sebulan abang kepada personaliti terkenal Datuk Aznil Nawawi meninggal dunia, Pknil diuji dengan kehilangan seorang lagi abang kandungnya, Azharnim Nawawi.

Menerusi laman Instagram, beliau memberitahu arwah yang berusia 62 tahun itu menghembuskan nafas terakhir selepas bertarung dengan penyakit kanser.

Al-Fatihah!

“Seorang lagi kekanda menjadi pilihan Allah untuk bersamanya. Terima kasih Allah pinjamkan kekandaku Azharnim Bin Haji Nawawi kepada kami. “Semoga Allah kumpulkan kami semua adik beradik dan ibuayah kami di Syurga Firdausi nanti. Selamat jalan abangku ke dunia abadi,” 

 

View this post on Instagram

 

Sehingga kita ketemu lagi di Syurga nanti ya abg ku Allahyarham Azharnim Bin Nawawi (23 Dis 1957 – 17 Sept 2019) AlFatihah

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on

Sebelum ini, Paknil baru saja kehilangan seorang abangnya pada 19 ogos yang lepas ketika beliau berada di Terengganu.

“Abang Paknil, Azmir Bin Nawawi telah dijemput Illahi pada 10:30pagi tadi dan akan dikebumikan selepas solat Asar. Paknil dapat berita pemergian beliau ketika Paknil di Jelajah PAK21 di Terengganu. Paknil dalam perjalanan ke airport Kuala Terengganu skrg dan akan terus ke tanah perkuburan sebaik tiba. Doakan agar roh abg Paknil dicucuri rahmat dan dihadiahkan dengan bacaan ayat suci AlFatihah” 

Ramai rakan selebriti dan peminatbta turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah serta berharap agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Takziah buat Pak Nil sekeluarga

Innalillahiwainnailaihirojiun