[VIDEO] Gempar Rakaman Kereta Rempuh Pintu Masjidil Haram, Pemandu Akhirnya Ditahan

Memetik laporan Middel East Eye, sebuah kereta dilaporkan telah dipandu melepasi halangan di kawasan Masjidil Haram pada 10.25 malam waktu tempatan, bersamaan jam 3.25 pagi waktu Malaysia.

Difahamkan, pemandu kereta itu telah melanggar penghadang di halaman luar masjid sebelum menghala ke arah salah satu pintu luar yang besar, pintu 89.

Tiada kecederaan dilaporkan

Menurut Haramain Sharifain, pemandu kereta berkenaan telah ditahan dan sedang disoal siasat dan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Difahamkan selepas insiden tersebut, pengawal telah datang dan memagari kawasan kejadian.

Sekumpulan orang ramai menolak kenderaan itu pergi

Menerusi video yang tular di laman Twitter, video tersebut memaparkan sekumpulan orang ramai menolak kenderaan itu pergi daripada kompleks berkenaan.

Warga asing dibenarkan menunaikan umrah secara berperingkat

Sebelum ini, media melaporkan Arab Saudi bakal membenarkan warga asing untuk menunaikan umrah secara berperingkat di negara itu bermula 1 November ini (esok).

Sementara itu, insiden tersebut turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri.

Moga Allah pelihara Haramian dan para tetamunya

Malah, beliau telah berkongsi video kejadian tersebut bersama pengikutnya di laman Twitter.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan semoga Haramian dan para tetamu dipelihara.