[VIDEO] Detik-Detik Cemas Gempa Bumi Kuat Gegar Turki Dan Greece

Dilaporkan sekurang-kurangnya 12 orang terkorban manakala lebih 300 mangsa cedera dalam insiden runtuhan bangunan di wilayah Izmir, Turki susulan berlaku gempa bumi sekuat 7.0 magnitud melanda Laut Aegea.

Menerusi laporan Pihak Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD), kejadian tersebut berlaku pada pukul 2.51 petang waktu tempatan pada kedalaman 16.54 kilometer. Gegaran ini turut dirasai di kepulauan Istanbul dan Greece.

Gempa bumi susulan sebanyak 67 kali

Malah terdapat susulan sebanyak 67 gempa bumi kecil termasuklah 13 daripadanya melebihi 4.0 magnitud direkodkan selepas gempa kuat itu berlaku.

Selain itu, ombak tinggi turut kelihatan di kedua-dua negara tersebut sehingga menyebabkan banjir kita di persisiran pandai Izmir.

6 orang tekorban di pesisir pantai

Menurut pihak berkuasa, enam kematian dilaporkan di pesisir pantai di Barat Turki manakala dua lagi adalah remaja dilaporkan meninggal dunia di Pulau Samos, Greece akibat tanah runtuh.

Sementara itu, kebanyakan mangsa terkorban dan cedera akibat runtuhan bangunan yang berlaku di wilayah Izmir.

20 bangunan musnah dan rosak di bandar Izmir

Ekoran dari itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh sedang giat dijalankan di sekitar 20 bangunan yang musnah dan rosak di bandar Izmir.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, beberapa video yang sempat dirakam ketika kejadian berlaku menjadi trending di media sosial.

Video yang berdurasi 13 saat itu, menunujukkan kemusnahan salah satu bangunan di bandar tersebut.

Orang ramai cemas dan lari menyelamatkan diri

Sementara itu, menerusi video kedua memperlihatkan kedaan sejurus gempa bumi tersebut berlaku.

Orang ramai dilihat kelihatan cemas dengan situasi berkenaan dan ramai diantaranya lari menyelamatkan diri.

Orang awam cuba menyelamatkan mangsa runtuhan

Apa yang menyedihkan, selepas kejadian orang awam cuba menyelamatkan mereka yang berada di bawah runtuhan bangunan.

Difahamkan, operasi menyelamat sedang giat dijalankan bagi membantu mangsa-mangsa runtuhan.

Semoga operasi menyelamat dapat menjumpai lebih ramai mangsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan di bandar Izmir.