[VIDEO] “Fuh sama sebijik..” Lelaki Ini Tiru Suara Artis Wanita Buat Netizen Kagum

Ramai orang yang mempunyai bakat menyanyi, namun tak semua boleh meniru suara penyanyi sebenar.

Dan, kalau anda peminat rancangan I Can See Your Voice, video ini pasti akan membuatkan anda terkejut.

Pemuda bernama Amsyar Lee bukan sahaja boleh meniru suara artis terkenal tetapi mampu menyanyi mengikut melodi seakan sama dengan artis berkenaan.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, pemuda ini telah meniru suara artis wanita seperti Ziana Zain, Elizabeth Tan, Nabila Razali, Adibah Noor, Siti Nurhaliza dan ramai lagi.

“Boleh tag tak kawan siapa ni? Muka perlu oksigen haha”

 

 

Bahkan, dalam video lain, pemuda yang meminati Ernie Zakri ini menunjukkan bakatnya menyanyikan lagu dengan nada tinggi yang sukar dicapai oleh lelaki.

Saya sayang ernie zakri! Semoga saya jadi anak murid @ErnieZakri, tolong aminkan ya kawan2!”

Rata-rata netizen memuji kehebatan suara pemuda ini, malah ada yang mendedahkan Amsyar selalu membuat persembahan semasa di kolej.

“dik amsyar ni always perform..kat kolej selalu dengar ye dia nyanyi..talented sungguh budak nih.. goodjob ma boiss”