[VIDEO] Fasih dan Lancar! Pembaca Berita Mandarin Berbangsa Melayu Ini Curi Perhatian Netizen

Malaysia unik dengan kepelbagaian kaum, agama dan bangsa. Selain itu, Malaysia juga terkenal dengan masyarakat majmuk.

Tidak yang mustahil apabila masyarakat fasih dalam berbagai bahasa lain. India berbahasa Melayu, Cina berbahasa India ataupun Melayu berbahasa Mandarin.

Pembaca berita fasih berbahasa Mandarin

Bahkan, apa yang lebih menarik apabila seorang pembaca berita wanita yang berjaya mencuri perhatian ramai selepas muncul di dalam slot berita di TV2.

Difahamkan, pembaca berita wanita tersebut berbangsa Melayu namun fasih berbahasa Mandarin.

Seorang wanita bertudung fasih membaca berita mandarin

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna di laman Twitter Fuzirbarry, video pendek yang berdurasi dua minit itu menarik perhatian ramai.

Video tersebut memaparkan seorang wanita bertudung sedang membaca berita dalam bahasa Mandarin dengan lancarnya.

Video itu ditonton sebanyak 150, 000

Ekoran penularan video tersebut , ia telah ditonton hampir 150 ribu tontonan dan 5,800 retweets serta 7,300 likes.

Oleh itu, ia membuktikan hidup dalam masyarakat majmuk memberikan pelbagai kelebihan kepada rakyat dengan mengambil contoh pembaca berita wanita ini.

Menjenguk ke ruangan komen, nama pembaca berita wanita tersebut adalah bernama Rasyidah Abu Johan.

Malah, rata-rata warganet turut kagum dengan perkara tersebut dan ramai yan meninggalkan pelbagai reaksi positif terhadap video berkenaan.