Seorang remaja perempuan tergamak mencampakkan bayi yang baru dilahirnya dari tingkat 13 pangsapuri didiaminya bersama keluarga di kawasan Bandar Baru, Air Itam di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata pihaknya menerima maklumat daripada penduduk di pangsapuri itu mengenai penemuan satu mayat bayi perempuan cukup sifat dengan kesan kecederaan parah di kepala pada pukul 8.18 pagi.

“Ketika ditemui bayi perempuan itu tidak berpakaian dan tidak bergerak, dipercayai telah meninggal dunia di laluan naik ke kawasan parkir tingkat empat, dan mereka menutupnya (mayat bayi) dengan kotak,” katanya di sini hari ini.

Katanya berdasarkan siasatan awal, polis menahan seorang remaja berusia 18 tahun, pelajar sebuah kolej swasta, yang merupakan ibu kepada bayi itu, yang tinggal di tingkat 13 pangsapuri berkenaan, bagi membantu siasatan.

Beliau berkata remaja itu mengaku melahirkan anak semasa hendak membuang air besar selepas terjaga dari tidur pada pukul 6.00 pagi kerana sakit perut dan remaja itu juga mengaku mendengar suara tangisan bayi selepas melahirkan.

Soffian berkata remaja itu terkejut, panik dan kemudiannya membungkus bayi itu dengan baju t-shirt dipakainya sebelum membuang bungkusan mengandungi bayi itu melalui tingkap di bilik belakang rumahnya di tingkat 13.

Beliau berkata susulan kejadian, polis turut menahan teman lelaki remaja itu yang juga berusia 18 tahun, di rumahnya di Jalan Penawar, di sini kira-kira pukul 12 tengah hari bagi membantu siasatan.

“Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat manakala pasangan kekasih berkenaan akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman esok bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dan menambah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Sementara itu, seorang penduduk Ahmad Nizam Bakar, 46, berkata beliau mengetahui mengenai perkara itu selepas mendapat panggilan daripada jirannya memaklumkan terdapat mayat bayi dalam keadaan mengerikan di kawasan bawah perumahan mereka.

Katanya beliau terus bergegas turun untuk melihat, dan mendapati keadaan bayi yang telah tidak bernyawa dengan kepala berkecai, serta kecederaan parah lain di badan.

“Saya dapat panggilan dari jiran dan bila sampai, saya lihat bayi perempuan itu sudah tidak bernyawa.. saya terus panggil pengawal keselamatan sebelum menghubungi pihak polis,” katanya.

Susulan tangkapan itu, teman lelakinya yang juga penganggur dan mempunyai satu rekod jenayah lampau ditahan di sebuah rumah di Jalan Penawar jam 12 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat bayi perempuan itu di parkir tingkat empat bangunan pada jam 8.25 pagi daripada penduduk.

“Siasatan awal, ibu bayi itu mengaku dia terjaga dari tidur jam 6 pagi kerana sakit perut. Selepas 30 minit, dia ke tandas untuk membuang air besar.

“Dia mendakwa ketika itu bayi terjatuh ke dalam mangkuk tandas dan sempat mendengar tangisan kecil.

“Dia kemudian membungkus bayi itu dengan baju T yang dipakainya dan mencampakkan bayi itu melalui tingkap,” katanya hari ini.

Bayi itu meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Difahamkan beberapa ahli keluarga suspek berada di rumah ketika kejadian namun tidak menyedari apa yang berlaku.

Soffian berkata, pelajar kolej dan teman lelakinya itu di bawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

Sementara itu, penduduk, Ahmad Nizam Bakar, 46, dia mengetahui kejadian itu pada 8.18 pagi menerusi kumpulan WhatsApp.

Dia yang juga setiausaha persatuan penduduk bergegas turun ke tingkat empat dan mendapati mayat bayi itu dalam keadaan tersembam.

“Saya segera memanggil pengawal keselamatan untuk membawa kotak bagi menutup mayat manakala penduduk lain menghubungi polis,” katanya.

Menurutnya, dia mengenali keluarga suspek dan mereka kelihatan baik.

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.