[VIDEO] “Ainul beri salam perkenalan,” Reaksi Ainul Mardhiah Sambut Adik Baru Tarik Perhatian Netizen

Semakin menunjukkan perkembangan yang positif, adik Ainul Mardhiah yang sebelum ini menjalani pembedahan kerana penyakit ‘Germ Cell Tumour’ sememangnya sentiasa menjadi perhatian rakyat Malaysia. Terbaru, menerusi video yang dikongsikan oleh bapanya, Ahmad Safiuddin di Facebook, Ainul yang kini sudah menjadi kakak mencuri perhatian ramai apabila menyambut ketibaan adiknya di rumah. Menerusi video tersebut, Ainul yang [...]

Adik Ainul Mardhiah yang sebelum ini menjalani pembedahan kerana penyakit ‘Germ Cell Tumour’ semakin menunjukkan perkembangan yang positif dan sentiasa menjadi perhatian rakyat Malaysia.

Terbaru, menerusi video yang dikongsikan oleh bapanya, Ahmad Safiuddin di Facebook, Ainul yang kini sudah menjadi kakak mencuri perhatian ramai apabila menyambut ketibaan adiknya di rumah.

Menerusi video tersebut, Ainul yang ceria dilihat seakan memberikan salam kepada adiknya dan telatahnya itu membuatkan orang disekelilingnya kagum.

Ainul beri salam perkenalan kepada adik dia yang baru tiba di rumah. 

Semalam, Ahmad Safiuddin menerusi perkongsiannya di Facebook memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT dengan kehadiran ahli baru di dalam keluarganya.

Tambahnya juga melalui perkongsian seterusnya, bayi dan isterinya berada dalam keadaan yang sihat.

“Tadi video call mama dia dgn adik dia, habis dicungkil2 hidung si adik dalam telefon. Kalau jumpa depan-depan ni macam mana lah

“Lepas ni kakak ainul dah ada kawan bermain. Boleh explore dengan adik. Boleh main dengan adik.

“Belajar sama sama dengan adik. Membesar sama sama dengan adik. Selama ni main sorang-sorang je di rumah, kalau pergi hospital bila ainul nampak kawan2 sebaya dia, mesti ainul tersengih-sengih seolah ingin bercakap dengan kawan tu.

“Sekarang, ainul dah boleh bercakap, bermain, belajar sama sama dengan adik ya di rumah.

“Alhamdulillah. Isteri dan anak kedua sihat walafiat.”

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang gembira melihat telatah Ainul dan mengucapkan tahniah kepadanya kerana telah menjadi seorang kakak.

Tahniah diucapkan kepada Ahmad Safiuddin sekeluarga di atas kedatangan permata baharu.

Semoga adik Ainul sentiasa membesar dengan baik dan menjadi seorang kakak yang penyayang kepada adiknya.