[VIDEO] Engku Emran Memang Suka Naik Belon Panas?

Baru saja pernikahan pasangan Engku Emran dan Noor Nabila, tular pula beberapa foto dan video memaparkan Engku Emran telah melamar Noor Nabila ketika menaiki sebuah belon panas.

Terbaru, menerusi media Indonesia iaitu Surya Citra Televisi melaporkan Engku Emran juga dikatakan pernah melamar Laudya Cynthia Bella ketika menaiki belon panas.

Menurut laporan media Surya Citra Televisi pada durasi minit ke 3:27 mendakwa Noor Nabila, Engku Emran dan Laudya Cynthia masing-masing mengikuti akaun Instagram rasmi myballoonadventure.

Perkara ini telah mencetus persoalan sama ada pelakon wanita Indonesia itu juga pernah menaiki belon panas yang sama?

Susulan itu, melihat kepada video rakaman yang dimuat naik di YouTube, dipercayai Engku Emran telah membawa Laudya Cynthia bersama anak perempuan Erra Fazira iaitu Aleesya menaiki belon panas tersebut pada tahun 2017.

Menerusi perkongsian  yang dimuat naik oleh Instagram ‘My Balloon Adventure’ selain turut dikongsi oleh Noor Nabila melalui IG Story miliknya, Engku Emran telah pun merancang majlis melamar istimewa buat Noor Nabila.

Daripada kapsyen yang ditulis, kejutan ini dirancang oleh lelaki itu sendiri sambil dibantu oleh adik Noor Nabila, Athisha Khan selama beberapa minggu lamanya.

Noor Nabila nyata tak sangka dengan kejutan tersebut, malah lebih istimewa apabila Ferhad turut membuat penampilan khas ketika majlis tersebut.

Sebelum ini Noor Nabila menafikan dia dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin mengikat tali pertunangan seperti didakwa sebelum ini.

Nabila yang melangsungkan pernikahan dengan Engku Emran pagi tadi berkata, dia mula mengenali ahli perniagaan itu pada Ogos tahun lalu.

“Kami tak bertunang seperti yang disangka. Saya mula mengenalinya sekitar Ogos tahun lalu. Waktu itu kami hanya berkawan.

“Hanya sekitar hujung tahun lalu, kami mula rapat. Kami juga berkongsi minat sama termasuk dalam aktiviti berbasikal,” katanya yang juga kakak kepada selebriti popular, Neelofa.

Terdahulu, pasangan itu sah bergelar suami isteri dalam majlis pernikahan di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, di sini, jam 10.02 pagi.

Mereka berwalikan adik Nabila, Mohamed Aqief Mohd Noor.Noor dan Nabila menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.

Bagaimanapun, tiada dulang hantaran diberi dan dibalas pasangan pengantin. Jumlah wang hantaran juga tidak dimaklumkan.

Nabila berkata, dia bersyukur majlis berjalan lancar dan serba ringkas kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Majlis kami hanya dihadiri ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat sekitar 20 ke 30 orang saja. Kami buat yang wajib dan mahu diadakan secara sederhana. Apa yang penting kami mahukan keberkatan. Kami tidak merancang mengadakan majlis lain selepas ini,” katanya.

Nabila berkata, dia percaya Engku Emran mampu membimbing dan menjaga dirinya selepas masing-masing pernah melalui pengalaman berumah tangga sebelum ini.

“Kami pernah melalui pengalaman berumah tangga sebelum ini. Jadi, masing-masing sudah matang dan sudah tahu apa yang diinginkan dalam membina mahligai ini. Insya-Allah kami akan buat yang terbaik dan sentiasa ada untuk satu sama lain,” katanya.

Walaupun tidak pernah mengesahkan mengenai hubungannya dengan Engku Emran yang diperkatakan ramai sejak awal bulan ini, namun bayangan Nabila sedang menjalin hubungan cinta dengan ahli perniagaan itu cukup kuat.

Engku Emran pernah berkahwin dengan Erra Fazira pada tahun 2007 hingga 2014 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Aleesya.

Kemudian pada tahun 2017, dia mendirikan rumah tangga bersama pelakon terkenal Indonesia iaitu Laudya Cynthia Bella dan membuat keputusan bersama untuk berpisah pada tahun 2020.