[VIDEO] Panggil Siti Nurhaliza ‘Mummy’, Jebat Jayden Buat Ramai Terhibur

Pelakon Sharnaaz Ahmad antara barisan pelakon yang sering membintangi drama tempatan dan pelakon yang dapat menyampaikan lakonannya dengan baik.

Sharnaaz juga sering berkongsi perkembangan terbarunya di laman Instagram bersama pengikutnya.

Jebat panggil Tok Ti ‘Mummy’

Malah beliau sering memuat naik video dan gambar bersama anaknya Jebat Jayden yang sering mencuri tumpuan ramai dengan kecomelan Jebat.

Baru-baru ini  Jebat berjaya mencuri tumpuan ramai selepas videonya memanggil penyanyi nombor satu Malaysia Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau Tok Ti sebagai ‘Mummy’ dimuat naik di laman Instagram.

Papan iklan wajah Tok Ti curi perhatian Jebat

Menerusi video yang dimuat naik oleh pelakon tersebut, jelas memaparkan Jebat sedang bercakap bersendirian di dalam kereta sambil dijaga oleh seorang individu.

Apabila Jebat terlihat papan iklan wajah Tok Ti di bahu jalan, Jebat segera menghalakan jarinya dan memanggil ‘Mummy’.

Menjengah ruangan komen, rata-rata terhibur dengan gelagat Jebat selain ada yang meneka wajah bakal isteri Sharnaaz mempunyai raut wajah yang sama seperti Tok Ti.

Sharnaaz titipkan ucapan istimewa buat Noor Nabila

Seperti yang diketahui umum, Noor Nabila yang merupakan bekas isteri pelakon ini telah selamat bergelar isteri kepada Engku Emran.

Rata-rata peminat dan kenalan artis mengucapkan tahniah serta mendoakan supaya ikatan perkahwinan mereka itu berkekalan.

Jaga Jebat elok-elok na

Ini termasuklah bekas suami kepada Noor Nabila iaitu pelakon Sharnaaz Ahmad yang turut menitipkan ucapan istimewa untuk pasangan tersebut.

“Selamat pengantin baru Nabila dan Emran, semoga berbahagia ke anak cucu.”

“Jaga Jebat elok-elok na,” katanya menerusi laman Instagram sejurus perkahwinan Noor Nabila dan Engku Emran berlangsung.

Pada Jumaat lalu, Noor Nabila, 36, selamat bergelar isteri kepada Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, dengan sekali lafaz di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.