“Bersihkan hati, korang pun akan dapat..” Isu Rentas Negeri Honeymoon, Ini Penjelasan Risteena

Umum mengetahui, pelakon, Isa Khan dan Nur Risteena telah sah bergelar suami isteri pada 12 Mac yang lalu. Seperti pasangan lain yang baru berkahwin, Isa dan Risteena didakwa memilih Sabah sebagai destinasi untuk berbulan madu.

Di Instagram Story, Isa Khan berkongsi beberapa foto ‘sweet’ bersama isteri tercinta ketika berada di Semporna, Sabah.

Pasangan tersebut juga dilihat menaiki bot dan menikmati makan malam yang romantik ketika berada di negeri tersebut.

Menerusi posting Isa juga, mereka berdua dipercayai berada di Semporna pada 21 Mac.

Meskipun pasangan tersebut sedang bergembira, timbul pula dakwaan dan persoalan bagaimana mereka boleh merentas negeri?

Di Twitter, rata-rata netizen mempersoalkan mengenai alasan yang diberikan pasangan tersebut untuk merentas negeri.

Namun begitu, terdapat juga segelintir netizen yang mendakwa pasangan tersebut mempunyai urusan kerja. Oleh itu, mereka memilih untuk berbulan madu sekaligus.

“Tak… cerita dia sekarang, aku nak bitter juga, macam mana Risteena dengan Isa Khan boleh lepas pergi Tawau siap ada kapsyen honeymoon! Hello… kita memang dah boleh rentas negeri ke ni?

“Risteena honeymoon sampai ke Sabah dengan SOP ke mana… mask ke mana buat story macam tiada apa berlaku.” ujar beberapa netizen.

Terbaru, Risteena memuat naik satu posting di Instagram dan menjawab segala persoalan yang telah timbul.

Menurut Risteena, dia dan suami mempunyai urusan kerja di Sabah dan mereka telah mendapatkan surat merentas negeri.

Tambahnya, dia tidak perlu memuat naik posting mengenai kerja di media sosial demi puaskan hati semua pihak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena)

Selain itu menerusi posting yang sama Risteena berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi tidak berasas.

“Saya hanya share apa yang saya nak share saja di IG. Harap semua tidak membuat spekulasi yang tidak betul,” katanya.


Terdahulu media melaporkan mengenai pertikaian orang ramai di media sosial tentang tindakan Risteena dan suaminya Isa atau nama sebenarnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, 28, bercuti dan menikmati bulan madu di Semporna, Sabah.

Ia susulan tindakan pasangan itu sendiri yang kerap memuat memuat naik foto dan video aktiviti percutian mereka di sana selain tulisan ‘honeymoon’ pada posting mereka.

Sehubungan itu netizen cuba mengaitkan insiden membabitkan Instafamous dan suaminya memberi keterangan palsu berhubung alasan bagi mendapatkan kebenaran merentas negeri.

Hasil siasatan polis akhirnya membuka kertas siasatan terhadap pasangan suami isteri Instafamous berkenaan yang merentas negeri untuk tujuan bulan madu mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Sebelum ini kerajaan memberi kebenaran bagi aktiviti pelancongan rentas antara negeri di bawah Perintah Kawalan

Pergerakan Pemulihan (PKPP) menerusi program Gelembung Pelancongan Bersasar.

Bagaimanapun Selangor dan Kuala Lumpur termasuk antara enam negeri yang masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 31 Mac ini.