[VIDEO] “Dragon pun mau candle light dinner maa..” Adam Corrie Dipuji Romantik Dengan Isteri

Adam Corrie yang selalu memberi kata-kata nasihat dan tauladan di laman sosial Facebook dan Instagram sentiasa menjadi tumpuan netizen.

Terbaru, melalui satu muat naik video di laman instagram, Adam Corrie membawa isteri dan anaknya menikmati makan malam romantik di sebuah restoran terkemuka dengan berlatarbelakangkan Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah mkn mlm , mlm ni ada belon2.. Fateh suka sgt tgk belon ..

“Terima kasih kepada @surprise.dash yg menaja mkn malam kami yg sunguh romantik di sky lounge, maya hotel.”

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan kagum dengan peribadi Adam Corre yang sentiasa memuliakan dan menghargai isterinya.

Sebelum ini, penantian 10 tahun pelakon Adam Corrie dan isteri untuk menimang cahaya mata berakhir selepas isterinya, Fazeema Fuad selamat melahirkan bayi lelaki pada bulan Julai tahun lepas di sebuah hospital swasta di Ampang.

Pelakon filem KL Ganster itu melahirkan rasa syukur ke hadrat ilahi atas kelahiran anak sulungnya yang digelar ‘Baby Lee’.

Bagi yang tidak mengenalinya, Adam Corrie Lee merupakan seorang selebriti Malaysia yang dikenali sebagai pelakon lelaki Malaysia yang sering memegang watak antigonis.

Ramai mengenali beliau dengan watak Dragon dalam filem KL Gangster.

Adam dilahirkan dalam keluarga berbangsa Cina di Pulau Pinang. Merupakan seorang anak tentera, Adam mampu berbahasa Kantonis, bahasa Hokkien, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan baik sekali.

Sebelum ini, Adam merupakan seorang pereka tari profesional (koreografer) dan pelakon di Malaysia yang sudah berada dipersada dunia hiburan lebih 30 tahun dengan lakonan filem sebanyak 31 buah filem.