[VIDEO] RM5 Juta Untuk Isteri Jika Dapat 2 Anak Perempuan, Ini Respon Ibu Aliff Syukri

Dua bulan masuk tahun 2019, nampaknya usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri masih lagi bebas daripada sebarang kontroversi dan cerita-cerita viral.

Bagi peminat yang mengikuti akaun Instagram Aliff Syukri, beliau kini sibuk dengan perniagaannya dan juga sering berkongsi tentang kehidupan keluarganya.

Terbaru, walaupun sudah mempunyai empat orang anak serta seorang anak angkat, Aliff telah memberitahu dimana beliau akan memberikan wang tunai RM5 juta kepada isterinya sebagai hadiah jika isterinya itu dapat melahirkan dua orang anak perempuan.

“Kumpul raya cina dirumah sewa je kami ..Yati tutup kilang ady xnak anak lg..Kri nak hadiah pd Ida 5 juta syaratnya kena beranak lgi 2 nk girl tau..!!

“Kami lawak mmg kasar meriah pecah kapal..Yati ank sulung sy 36 tahun klu x salah sy umurnya ( sy x ingat anak tarikh lahir he he) dan Noha cucu bongu dr adik bongsu sy

“Mak sy 68 tahun byk cicit dr anak2 sy ..Kawin muda mcm.sy gak..Kri anak no 3…
Bakal dapat cucu lagi tp kri gagal dipersimpangan..”

Berita itu dikongsikan oleh ibunya sendiri, pengasas produk kecantikan Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim menerusi akaun Instagramnya, BondaRozitaIbrahim. YOY Network

Di dalam video yang dikongsikan, Rozita secara berseloroh mengharapkan cucu lagi daripada Aliff Syukri dan Nur Shahida.

Aliff dengan spontan dan tersenyum menjawab usaha mereka masih gagal di persimpangan.

Walaupun Aliff Syukri mungkin sekadar bergurau untuk memberikan hadiah RM5 juta, namun rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada isterinya kerana mempunyai suami yang sentiasa menghargai isteri.