[VIDEO] “Dh pokai sangat ke nk sara si hana dgn anak bakal lahir?” Cuba Jadi DJ, PU Abu Dihantam Lagi

Walaupun isu kemelut rmahtangga PU Abu sudah lama berlalu, masih ada netizen yang tidak dapat melupakan apa yang dilakukannya.

Buktinya, setiap kali Abu memuat naik sebarang kemaskni di laman Instagram miliknya, pasti ada netizen yang meninggalkan komen yang negatif.

Menerusi muatnaik video terbaru, Abu dilihat cuba menjadi DJ dengan meniru gaya seorang DJ radio popular.

Menurutnya, Abu saja mencuba mana tahu ada rezeki untuknya dijemput menjadi DJ.

Abu juga meminta sokongan peminatnya dengan memberikan tanda suka, share dan meninggalkan komen.

“Saja try mana tahu ada rezeki. haha. Korang supportlah sikit eyh,like share n komen banyak2. Tarikh tutup besok. Doakan ye”

Walaubagaimanapun masih ramai yang meninggalkan komen negatif pada muatnaik video tersebut.

Malah ada yang mendakwa Abu sudah ‘pokai’ sehinggakan terpaksa mengemis job untuk menyara isteri dan anak.

“Eyyyyy cm bodo je. Dh pokai sangat ke nk sara si hana dgn ank yg bkal lahir tu sampai nk mengemis job ni PENCENTUS UMMAH ABU oiiiiiii HAHAHAH muka tembok x tau malu  geli je muka ko tu batak pemes punya jantan. Tak malu ke tag tag org?”

Ada juga yang mengatakan demi sesuap nasi, Abu sanggup kelihatan bodoh.

“Demi sesuap duit, sanggup nmpk bodoh n mengemis job even org x offer mcm bodoh”

Namun Abu tetap membalas komen mereka dengan sopan.

Abu sebelum ini menjadi perbualan hangat netizen apabila meninggalkan isterinya yang sarat mengandung dengan seorang janda.

Kini, Abu bakal menimang cahaya mata bersama isteri barunya.