“Ada Pendarahan Pada Paru2 Anak Abah Mama” Bayi Pra-Matang Abby Abadi Kritikal.

Menerusi perkongsian dilaman sosial Instagram suami kepada Abby Abadi iaitu Muhammad Faizal Zakaria telah berkongsi perkembangan bayi pra-matang mereka.

Abby Abadi selamat melahirkan pada usia kandungan 6 bulan dan bayi pra-matang mereka mengalami pendarahan pada paru-paru.

View this post on Instagram

 

Hari ke 5 ….. Baby D hari ni abah dan mama @abby_abadi112 dtg jumpa baby lagi, gelisah rasa hati kalau lambat ke NICU utk berbual2 dgn baby. Abah & mama tak mahu baby sunyi…abah dapat rasakan baby rindukan sentuhan Mama & sentuhan Abah juga kan sayang . Baby D Suka sebenarnya utk Abah kongsikan perkembangan baby pd kawan2 Abah & Mama. Tp Abah serba salah….. Abah tak pasti nk kongsikan hanya cerita gembira saja ke atau kedua2nya. Dari hari ke hari , rasa mcm tak kuat utk simpan sendiri cerita sedih tentang Baby D 😭Setelah difikirkan, Abah perlu kongsi juga cerita tentang Baby D supaya semua dpt mendoakan kesihatan Baby ye sayang . Zohor tadi Doc dari NICU call ward minta mama turun ke tempat baby untuk ambil darah, abah dan mama ingatkan itu perkara biasa…rupanya… ada cerita yg mengharukan dari Doc. Gementar bila Doc britahu ada pendarahan pada paru2 anak Abah Mama 😭 . Bahaya ke, Abah tanya Doc. Doc kata ye.. Luluh jantung Abah mendengarnya . Dalam pada tersenyum bahagia menerima kehadiranmu ,hati Abah menangis sbb tak sanggup melihat baby D dalam keadaaan begini sebenarnya. Dari awal Doc dah tak beri harapan pada Mama Abah, tapi bila abah renung raut wajah baby D, naluri abah dapat rasakan baby Abah akan terus kuat & bertahan kan sayang . Maghrib ni pun ada berita sampai kat Mama, bgtau yg Baby kritikal, tp Mama Abah mcm tak nak terima berita tu sbb Mama Abah yakin ALLAH tetap mendengar doa Abah dan mama, termasuk doa mereka2 yang mendoakan baby di luar sana . Hanya mengharapkan keajaiban dari ALLAH yang mampu mengubah segala-galanya. Allah lebih berkuasa dan Maha mendengar 😭 #DoakanBabyDkami #SemogaPanjangUmurnya #HanyaDoaMampuMengubahTakdir

A post shared by Faizal Zakaria (@jaiezzany) on

“Zohor tadi Doc dari NICU call ward minta mama turun ke tempat baby untuk ambil darah, abah dan mama ingatkan itu perkara biasa”.

“Rupanya, ada cerita yg mengharukan dari Doc. Gementar bila Doc britahu ada pendarahan pada paru2 anak Abah Mama”.

“Bahaya ke, Abah tanya Doc. Doc kata ye. Luluh jantung Abah mendengarnya. Dalam pada tersenyum bahagia menerima kehadiranmu ,hati Abah menangis sbb tak sanggup melihat baby D dalam keadaaan begini sebenarnya”.

“Dari awal Doc dah tak beri harapan pada Mama Abah, tapi bila abah renung raut wajah baby D, naluri abah dapat rasakan baby Abah akan terus kuat & bertahan kan sayang”.

“Maghrib ni pun ada berita sampai kat Mama, bgtau yang Baby kritikal, tapi Mama Abah mcm tak nak terima berita tu sebab Mama Abah yakin ALLAH tetap mendengar doa Abah dan mama, termasuk doa mereka2 yang mendoakan baby di luar sana”.

Abby Abadi selamat melahirkan bayi lelaki pada 27 September lalu pada usia kandungan 6 bulan selepas mengalami turun darah apabila bacaan darah tinggi yang meningkat.

Pasangan Abby Abadi dan Faizal berkahwin pada 14 Ogos 2015 dan mempunyai dua orang anak angkat bernama Maisarah Dayana Fathia dan Muhammad Daiyan Fayyad.

Semoga ada perkembangan positif untuk bayi pasangan Abby Abadi dan suami. Marilah kita titipkan doa agar dipermudahkan segala urusan mereka.