[VIDEO] Kek Kahwin 5 Tingkat Alha Alfa Jatuh Berderai Di Majlis Persandingannya

Menerusi laman sosial Facebook dan Instagram ramai dari rakan artis yang berkongsi gambar menghadiri Majlis Persandingan Datuk Alha Alfa.

Majlis persandingan usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal Datuk Alha Alfa disambut gilang gemilang yang bertempat di Dewan Mindef.

Sebelum ini, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau lebih dikenali sebagai Alha Alfa, 31, selamat dinikahkan dengan wanita pilihannya, Noor Azlin Ismail, 23, pada 28 September lalu.

Pasangan romantis ini cantik berseri mengenakan busana berwarna putih pada majlis pernikahan mereka yang diadakan di Hotel Taiping Perdana.

Ketika majlis yang gilang gemilang di Dewan Mindef itu telah berlaku satu kejadian yang tidak diingini semasa majlis telah berlangsung.

Difahamkan ketika majlis berlangsung, kek kahwin 5 tingkat berwarna silver itu telah jatuh berderai.

Menerusi laman sosial Instagram, Datuk Alha Alfa sendiri telah memuat naik satu video ketika kek kahwin 5 tingkat itu jatuh berderai.

 

View this post on Instagram

 

takpelah rezeki takat tu je..sy xmarah pun hehehe beratus kali depa mntak maaf walupun dalam perancangan nak pacak kek tu tgh2 rumah..hahah hbis berderai semuanya 😂😂 ape pun abg @nasgreatidea_weddings mmg superb kek tu..xpe kek boleh carik,..kenangan yg terjadi tu memory selamanya..sorry yg xdapat merasa kek tu..syukur xde org kat belakang kalau tak jenuh berjahit muka nanti 😂🙏🏻 kek ni punya berat maybe meja yg support tu pun dah menyerah diri dah tggu masa je bergegar skit paammmm!! habisss~ macam manusia jugak..emsem camne pun hati rapuh jugak..💃🏻💃🏻💃🏻😝😝😝🤪🤪😌 tq abg @nasgreatidea_weddings merialisasikan impian kek kaca sy..punya ramai org tolak sbb xnk amik risiko..now sy faham dah risikonya 😂🙏🏻🙏🏻..ape pun effort yg abg ambil utk buat kek sy tu sgt sy hargai..🙏🏻🙏🏻❤️ tqsm pada semua yg hadir semalam..sy dah isteri amat menghargai..mintak ampun mntak maaf jika ada kekurangan dari pihak kami..love u guys #alhaalindreams .

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa) on

Dikatakan kek bertingkat itu begitu cantik dihiasi dengan salutan silver tiba-tiba hilang keseimbangan kerana tertepis ketika sesi fotografi.

“Takpelah Rezeki Takat Tu Je”

“Saya tak marah pun hehehe, beratus kali depa mintak maaf walupun dalam perancangan nak pacak kek tu tengah-tengah rumah”

“Hahah habis berderai semuanya, ape pun abg @nasgreatidea_weddings memang superb kek tu”.

“Takpe kek boleh carik, kenangan yang terjadi tu memory selamanya. Sorry yang tak dapat merasa kek tu..syukur takde oramg kat belakang kalau tak jenuh berjahit muka nanti”.

Biarpun insiden itu berlaku ketika majlis berlangsung, namun majlis masih diteruskan dengan lancar dan meriah.