[VIDEO] Demo Live Pinggan Tahan Lasak, Fouziah Ghous Panik Pinggan Pecah Berderai.

Baru-baru ini tular satu rakaman siaran langsung yang sepatutnya mempromosikan barangan keperluan rumah bertukar menjadi rancangan komedi.

Ini terjadi apabila gimik yang sepatutnya dilakukan bertukar menjadi sebaliknya ketika satu produk pinggan mangkuk di promosikan oleh seorang pelakon.

Namun, gimik yang sepatutnya menjadi tarikan utama penonton membeli barangan itu bertukar menjadi panik dan mengundang tawa penonton.

Menerusi satu slot siaran langsung, satu demo pinggan mangkuk yang dilakukan oleh pelakon cantik tinggi lampai Fouziah Ghous mengundang tawa orang ramai kerana demo tersebut tidak menjadi.

Beliau diberi tugas untuk mempromosikan satu jenama pinggan mangkuk yang tahan pecah. Namun, beliau dengan yakinnya menjatuhkan pinggan tersebut ketika siaran langsung.

Hasilnya pinggan tersebut pecah berderai. Beliau yang terkejut dengan apa yang berlaku bijak mengulas yang mana pinggan yang dijatuhkan beliau itu sudah banyak kali dijadikan demo.


Pelakon cantik itu turut meminta maaf dalam keadaan yang panik namun situasi itu dapat dikawal oleh beliau yang menerangkan mengapa pinggan yang dilepaskan itu boleh pecah berderai.

Beliau mengulas lanjut berkemungkinan pinggan yang dilepaskan itu sudah seringkali dicuba dan mungkin atas sebab itu pinggan tersebut pecha berderai.

Rakaman video secara langsung itu turut tular dilaman sosial Twitter dan mendapat pelbagai reaksi dari netizen mengenai isu tersebut.