[FOTO] “Dia dapat kaki dah!!” Comel Berhijab, Siti Aafiyah Jadi Tumpuan

Para peminat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza pastinya sudah biasa dengan keletah Siti Aafiyah di laman Instagram miliknya.

Aafiyah yang sentiasa beraksi comel itu sering menjadi tumpuan para peminat terutama yang menggunakan media sosial Instagram.

Terbaru, menerusi satu muat naik, Tok Ti telah berkongsi gambar Siti Aafiyah yang berhijab dengan selendang.

Aafiyah nampak comel dengan keletahnya yang tak duduk diam itu.

“Alhamdullillah, anak ibu dah sihat dan Cergas!! Taknak di pegang langsung & yang best selendang pun dia tak cabut .. Asik nak jalan takde break” 

Rata-rata netizen memuji kecomelan Siti Aafiyah berhijab dan mendoakannya menjadi anak yang baik dan solehah.

Siti pernah melancarkan single “Comel Pipi Merah” yang dicipta khas untuk bayi sulungnya, Siti Aafiyah Khalid.

Siti Aafiyah merupakan satu anugerah buat Tok T dan Datuk Khalid selepas 11 tahun berumah tangga.

Siti selamat melahirkan cahaya mata perempuan sulungnya pada jam 8.17 pagi, 19 Mac 2018 di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.

Pada 25 Mac 2018, Siti dan suaminya telah menamakan bayi mereka sebagai Siti Aafiyah, bersempena dengan doa Nabi Muhammad SAW.