[FOTO] Majlis Pernikahan Ally Iskandar Kali Kedua Bersama Gadis Temerloh.

Personaliti TV popular Ally Iskandar Mohd Mardzi hari ini dikhabarkan telah bernikah kali kedua dengan seorang gadis yang berasal dari Temerloh, Pahang.

Pengacara Malaysia Hari Ini itu telah lama menduda selepas berpisah dengan bekas isterinya.

Tergambar riak kegembiraan pada raut wajah pengacara kegemaran ramai itu seusai habis majlis pernikahannya dan telah sah menjadi suami buat kali kedua.

Ally Iskandar dan Farah Lee telah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Mareeam hasil perkahwinan pertama mereka.

Ally Iskandar memuat naik satu perkongsian di laman sosial Instagram beliau berbau kata-kata pujangga yang berlatarkan sekeping gambar hitam putih.

Namun pengacara kegemaran ramai itu tiada membuat sebarang perkongsian mengenai pernikahannya pada hari ini.

Telah tular beberapa keping gambar pernikahan dan beliau dan isteri telah mengenakan persalinan lengkap berwarna putih itu.

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Ally Iskandar


Selain itu, pihak kami juga mendoakan bekas isteri Ally Iskandar iaitu Farah Lee supaya cepat bertemu jodoh.

Farah Lee turut memuat naik satu perkongsian dilaman sosial Instagram beliau. Menerusi perkongsian itu, ramai netizen mendoakan supaya Farah Lee cepat dipertemukan jodoh.

 

View this post on Instagram

 

. Bilamana aku share moment Maream bertemu daddy setelah sampai ke Malaysia dari UK, moment aku dan keluarga mertua juga saat kami beraya bersama, rata-rata merasakan mereka sedih, tersentuh, sayu. . Aku juga dikatakan mereka kuat. Kuat menyorok rasa disebalik senyuman di muka. . Aku kembali kepada moment tersebut. Apa yang aku rasa.? Tiada. Kosong. Hanya bahagia menghargai mereka yang pernah hadir dalam hidup aku. Tiada apa yang dipalsukan, hanya aku menjadi aku. . Telah terlalu banyak rasa aku sudah terpaksa tempuh. Jadi telah penat untuk merasa apa-apa. Kasih yang pernah ada juga telah lama lunyai. Harapan.? Terus tutup dan katup. . Katalah engkau itu ego. Keras hati. Pentingkan diri. . Pada aku, itu hadiah Tuhan, yang mengganti perasaan, dengan kekosongan. #FLwrites

A post shared by FARAH LEE (@farahlee_) on

Selamat pengantin baru dan tahniah buat Ally Iskandar dan isteri tercinta. Semoga Farah Lee terus berbahagia dan cepat bertemu jodoh.