[VIDEO] “Daroh saya meroh jugok” Luahan Sedih Mat Dan Tak Dapat Tunai Solat Jumaat

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan membenarkan orang ramai untuk menunaikan solat berjemaah di masjid.

Mat Dan terkilan tidak dibenarkan masuk ke masjid

Namun begitu, orang ramai perlu mematuhi beberapa SOP yang ditetapkan contohnya mengamalkan jarak sosial untuk mengelakkan penularan Covid.

Seorang selebriti dan pengacara dikenali ramai, Mat Dan luah rasa terkilan kerana tidak dibenarkan masuk ke masjid untuk solat Jumaat berjemaah.

Abang Rela kita tak bagi masuk

Menerusi Instagram, Mat Dan berkongsi video mengenai itu tersebut dan ia mengundang simpati orang ramai yang turut sama sebak melihat video tersebut.

“Agak sedih hari ini. Pukul 12 saya tunggu di masjid rumah saya dan abang Rela kita tak bagi masuk”.

Sebab bukan warganegara

“Bukan sebab penuh ke, tak ikut SOP, semua ada tapi sebab bukan warganegara”.

 

View this post on Instagram

 

Mintak pandangan anda semua…😌

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1) on

Selain itu, Mat Dan dilihat sebak meluahkan rasa terkilan tidak dapat masuk ke masjid untuk solat Jumaat berjemaah kerana dia bukan warganegara Malaysia.

Saya ikut SOP

Malah dia turut berkongsi pengalaman di Mekah dimana tidak mengenal kulit, bangsa atau rupa.

“Terima kasih kepada abang Rela dan minta pandangan masyarakat. Saya faham kita kena utama rakyat Malaysia. Tapi come on lah. Saya ikut SOP”.

Bagaimanapun, Mat Dan dilihat redha dengan SOP ditetapkan dimana warga asing tidak dibenarkan masuk dan berterima kasih kepada semua pandangan yang diberikan.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen Video melahirkan rasa simpati orang ramai yang faham perasaan yang dialami selebriti itu.