Mira Filzah Sahkan Sudah Tunang, Ini Kenyataan Timbalan Menteri

Jika sebelum ini teka-teki dan spekulasi bahawa Mira Filzah bersama buah hatinya bakal disatukan menjadi tumpuan netizen. Terbaru, pelakon tersebut mengaku dia kini pinangan orang. Tahniah! Menerusi laporan Media Hiburan, pelakon dan pengacara itu juga memberi bayangan seolah-olah bakal ada satu majlis istimewa yang akan berlangsung Oktober nanti. InsyAllah, apa sahaja nanti pun media akan [...]

Teka-teki bahawa Mira Filzah bersama buah hatinya bakal disatukan menjadi tumpuan netizen dan kini pelakon tersebut mengaku dia kini pinangan orang.

Di dalam laporan Media Hiburan, pelakon dan pengacara itu juga memberi bayangan seolah-olah bakal ada satu majlis istimewa yang akan berlangsung Oktober nanti.

Masih di peringkat awal

“InsyAllah, apa sahaja nanti pun media akan dijemput. Kita ada wakil yang akan melakukan semua itu. Dalam tempoh dua bulan ni saya ada juga sibuk mengenai hal lain juga.

“Persiapan sekarang tengah on going. Berapa percent tu saya tak boleh untuk kongsi apa-apa lagi. Masih di peringkat awal.

“Tapi macam Mira cakap sebelum ini, kalau sudah ada perkembangan selanjutnya kita akan bagitahu.

“Tambah pula sekarang Datuk Seri Ismail Sabri bagi tahu kita boleh adakan majlis dengan jumlah kehadiran tertentu, kita cuba sediakan ruang dan peluang untuk pihak media.”

Menurut Mira, rakan media tidak perlu risau kerana dia pasti akan menghantar jemputan sekiranya majlis yang dinantikan oleh semua bakal berlangsung. Buat masa sekarang, Mira mengakui ianya masih di peringkat awal dan tidak boleh berkongsi berapa banyak persiapan sudah dilakukan.

Pengacara Nona itu juga memberitahu dia tidak terbuka untuk berkongsi kisah peribadinya. Cuma, status dirinya sekarang merupakan tunangan seseorang.

Ibu sahkan

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid mengesahkan anaknya, Wan Emir Astar bakal melangsungkan pernikahan dengan pelakon popular, Mira Filzah, tahun ini.

Mastura yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar ketika ditemui turut meminta orang ramai mendoakan kebahagiaan anak dan bakal menantunya itu.

“Ya, kedua-dua keluarga sudah berjumpa. Semuanya berjalan lancar dan ia akan diumumkan nanti. Insya-Allah,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Mira ketika ditemui mengesahkan dia sudah bertunang dengan Wan Emir tetapi enggan mendedahkan secara terperinci mengenai pertunangannya itu.

Mira juga tidak menafikan mengenai persiapan majlis perkahwinannya yang dikatakan bakal berlangsung Oktober ini.

“Saya dah bersedia (untuk berkahwin) dan kini sedang dalam fasa ‘on-going’ (persediaan). Kalau berapa peratus persediaan yang sudah dilakukan, saya tak dapat jawab kerana masih di peringkat awal,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan mengenai desas desus hubungan Mira dan Emir yang dikukuhkan lagi apabila adiknya, Aina Fadhilah memanggil Emir dengan gelaran BIL (brother in law) atau abang ipar.

Pada masa yang sama, jejaka tersebut turut memuat naik satu perkongsian berserta gambar tangan seorang wanita dengan cincin di jari manis telah mengundang tanda tanya netizen.

Bukan itu sahaja, nama ibunya dan Mira Filzah juga turut di tag pada foto tersebut.

Wan Emir turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua terutamanya ibu dan Allahyarham bapanya atas segala kebaikan, pengalaman dan memori yang diberikan selama ini.