[VIDEO] Dalam Diam-diam, Zarina Anjoulie Selamat Bernikah Dengan Sekali Lafaz

Zarina Anjoulie bukan lagi nama asing dalam industri. Nama pelakon ini kian naik susulan daripada kerja amal dan juga kontroversinya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

Zarina atau mesra di sapa Anju mempunyai lebih dari 800, 000 pengikut di Instagram dan sering berkongsi aktiviti hariannya bersama pengikutnya.

Anju cari photographer perkahwinan

Menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram, beliau sedang mencari photographer untuk majlis perkahwinan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on

Selain itu, beliau sering memuat naik gambar bersama seorang jejaka dan gambar terbaru mereka adalah gambar jejaka tersebut memakaikan anju seutas gelang ditangan.

Anju cantik berbusana pengantin serba putih

Desas-desus sebelum ini pelakon ini bakal menamatkan zaman bujang terjawab apabila Anju memuat naik beberapa video IG story sedang memakai busana perkahwinan.

Video tersebut memaparkan Anju dilihat berbusana pengantin bersama kekasih hati sambil berada di perkarangan pejabat.

Sudah sah bernikah

Bahkan menerusi IG stoy tersebut, dapat dilihat bahawa mereka seakan sudah bernikah dan melangsungkan pernikahan tersebut di Jabatan agama Islam.

Selain itu, Anju yang berbusana putih sedondon dengan pengantin lelaki dilihat turut bersama dengan bapa kepada Anju yang turut sama berada disana.

Diwalikan bapa kandung

Difahamkan, majlis pernikahan tersebut dilakukan di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan dengan Anju diwalikan sendiri bapanya.

Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru ini dan semoga rumahtangga yang dibina sampai ke syurga.