[VIDEO] Dakwa Produk Tulen, Instafamous Ditahan Jual Minyak Wangi Tiruan

Seorang selebriti media sosial ditahan kerana disyaki menjual minyak wangi berjenama antarabangsa tiruan dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan, Selangor hari ini.

Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor, Muhammad Zikril Azan Abdullah berkata dalam serbuan kira-kira 3 petang, pihaknya merampas lebih 1,000 botol minyak wangi yang dianggarkan bernilai RM150,000.

1,000 botol minyak wangi dirampas

Raih keuntungan ribuan ringgit setiap bulan

Hasil siasatan awal mendapati sebotol minyak wangi dijual dengan harga serendah RM150 hingga RM200 dan mampu meraih keuntungan sehingga ribuan ringgit setiap bulan.

Memetik laporan Bernama, mangsa (pembeli) juga turut diberitahu produk tersebut adalah tulen.

Pasarkan produk guna Instagram dan Facebook

Jelas beliau lagi, wanita yang berusia 26 tahun itu yang turut dibantu oleh suaminya dan telah beroperasi kira-kira setahun dari rumah berkenaan.

Pasangan ini telah memasarkan barangan berkenaan melalui platform media sosial Instagram dan Facebook.

Ketika serbuan dijalankan, katanya turut ditemukan slip penghantaran barangan, kotak pembungkusan dan transaksi perbankan.

Ada transaksi pembeli dari luar negara

Ujar beliau, hasil semakan transaksi juga mendapati barangan terbabit bukan sahaja dibeli oleh pembeli tempatan tetapi juga dari Singapura dan Brunei.

Katanya individu berkenaan kemudiannya dilepaskan dengan jaminan polis dan akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

Difahamkan, kes ini disiasat mengikut Sekyen 102 (1)(b) Akta Cap Dagangan 2019 kerana menjual atau menawarkan barangan disyaki menggunakan perihal dagangan palsu.

Semoga orang ramai sebagai pengguna bijak dalam memilih dan membuat pembeli supaya tidak tertipu dengan kes-kes sebegini.