[VIDEO] “Dah 2 kali tak dapat raya bersama dengan anak tersayang” Fizo Omar Luah Rasa Syukur, Raya PKP Paling Bermakna

Pelakon dan usahawan, Fizo Omar melahirkan kesyukuran apabila dapat menyambut hari raya Aidilfitri bersama anaknya, Wan Maryam selepas dua tahun tidak dapat beraya bersama. Jelasnya, walaupun umat Islam menyambut Aidilfitri dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun inilah raya paling bermakna buat dirinya. “When daughters have engaged dads, they benefit from that relationship for a [...]

Pelakon dan usahawan, Fizo Omar melahirkan kesyukuran apabila dapat menyambut hari raya Aidilfitri bersama anaknya, Wan Maryam selepas dua tahun tidak dapat beraya bersama.

 

View this post on Instagram

 

Calon ketua PEDUDA utk parti baru ‘RECOND’. . Setuju ke setuju?

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Walaupun umat Islam menyambut Aidilfitri dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun menurutnya ini adalah raya paling bermakna.

Syukur Alhamdulillah dapat raya bersama cinta hati

Menerusi Instagram miliknya, pelakon itu turut berkongsi kegembiraan menyambut lebaran pada kali ini.

“When daughters have engaged dads, they benefit from that relationship for a lifetime”.

“Syukur Alhamdulillah dapat beraya dgn cinta hati sayang daddy. dah dua kali raya tak dapat bersama dgn anak tersayang”.

Walaupun beraya PKP, ini raya paling bermakna

“Walaupun beraya di musim PKP, ini lah raya yang paling bermakna buat saya”, tulisnya .

“Maryam anak yang baik dan memahami dan anak yang solehah yang bakal membawa ibubapanya ke syurga”.

“Semoga Allah makbulkan segala doa saya dan tiada apa pun dapat memisahkan hubungan dan ikatan antara seorang anak dan bapanya,” kongsinya.

Raya covid-19 bersama Cikyam

Selain itu, Fizo Omar juga turut berkongsi satu video raya bersama anaknya yang turut dimuat naik di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

Raya #coveid2020

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Terdahulu, Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan bercerai pada Julai tahun lalu.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia tiga tahun.

Rata-rata netizen meninggalkan komen positif dan turut terhibur dengan gelagat Cikyam dan Fizo Omar.