“Dah kenal 10 tahun dulu tapi ..” Beza Umur 17 Tahun, Harris Alif Bercinta Dengan Intan Ladyana?

Desas-desus mengenai hubungan pelakon Harris Alif dan Intan Ladyana terjawab apabila mereka sekali lagi dilihat memuat naik gambar bersama di Instagram.

Pelakon Harris Alif bersama Intan Ladyana dilihat mengenakan pakaian raya sedondon di Instagram.

Harris jelaskan hubungan dengan Intan Ladyana

Ia mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan pengikut yang mahukan penjelasan berhubung status hubungan mereka.

Harris atau nama sebenar Nor Harris Alif Nor Rashidi, 21, mengakui kini sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan aktres berusia 38 tahun itu.

 

View this post on Instagram

 

this year baju raya korang colour apa? btw im wearing baju melayu from @inggrid.my

A post shared by @ harrisalif on

“Ya, kami sedang berada di fasa baharu hubungan. Kami mula serius sejak Februari lalu dan sedang mengenali hati budi masing-masing”

“Sejujurnya saya dah kenal Intan sejak 10 tahun lalu, tapi masa itu tiada apa-apa perasaan istimewa, sehinggalah kami berjumpa semula tahun ini”.

Doa yang baik-baik untuk kami

“Perancangan nak kahwin tu belum ada lagi, sebab hubungan ini pun masih baharu lagi… apa yang boleh saya kata, minta doa yang baik-baik untuk kami ya!,” katanya.

Pada Selasa lalu, Juara Idola Kecil musim ketiga ini berkongsi foto raya bersama Intan di Instagram.

Second raya with love

“Second raya with love,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

2nd raya wit 🤍

A post shared by @ harrisalif on

Menurut Harris lagi, perbezaan usia 17 tahun bukan penghalang untuk mereka meneruskan hubungan tersebut. Malah, perhubungan mereka itu turut mendapat restu keluarga.

Perbezaan umur hanya angka

“Ramai cakap fasal perbezaan usia, bagi saya itu hanya angka. Saya tak nampak ianya sebagai satu masalah kerana masing-masing tahu apa matlamat dalam hubungan”.

“Lagipun bukan kami sahaja yang melalui hubungan berbeza usia ini, ada orang lain pun sama dan mereka dah buktikan perbezaan umur bukan penghalang”.

Hubungan direstui keluarga

“Dalam hal ini, saya bersyukur kerana keluarga okay sahaja dan mereka merestui,” ujarnya kepada mStar.

 

View this post on Instagram

 

best part

A post shared by @ harrisalif on

Selain itu, apabila ditanya mengenai sisi peribadi Intan yang berjaya menawan hatinya, Harris berkata pelakon drama Ironi Kasih ini seorang wanita yang matang.

“Intan seorang yang sangat ringkas, saya suka sebab dia tak ada drama-drama dan dia juga matang serta saya rasa banyak benda yang kami boleh serasi,” katanya.

Rata-rata netizen juga turut menyokong pendirian pelakon ini dan berharap hubungan yang dibina berakhir ke jinjang pelamin.