“Memang saya merajuk…” Sheila Rusly Mahu Rehat Dari Lakonan, Opah Aminah Watak Terakhir

Sheila Rusly merupakan seorang pelakon yang berbakat dan sering membintangi drama-drama tempatan.

Pelakon serba boleh ini mengakui dia nekad mengambil keputusan untuk mengundur diri buat sementara waktu dalam bidang lakonan kerana rasa kecewa terhadap orang dalam industri.

Usaha saya dipandang sambil lalu saja

Menurut beliau, kekecewaan timbul apabila segala usaha kerasnya menghasilkan sebuah karya demi kepuasan penonton tidak mendapat sedikit penghargaan.

“Memang saya merajuk dengan industri sebab saya rasa sebagai anak seni” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

Qada dan Qadar Opah Aminah😢 Sfx @nissakhanmakeup #bukangadisbiasa #opahaminah #jspictures #tv3malaysia #sentiasabersyukur #alhamdulillah

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on

“Saya menggunakan platform sebagai penerbit memberi kelainan kepada industri tapi usaha saya orang pandang sambil lalu saja”.

Sheila Rusly kecewa

Sementara itu, Jinggo juga pernah mendedahkan isterinya berasa kecewa dengan orang dalam industri.

“Cerita-cerita bergenre biasa ini yang mereka rasa harus dihargai”.

“Saya bila buat apa-apa benda bukan mengharapkan balasan tapi bila kita dah berikan full effort, tak dapat penghargaan mestilah kecewa”.

Saya hanya minta sedikit penghargaan

“Saya hanya minta sedikit penghargaan supaya kerja keras saya rasa berbaloi. Itu saja. Dalam masa sama, saya percaya pada rezeki dan mungkin Allah kata belum rezeki”.

“Tapi sebagai manusia biasa, mestilah ada perasaan terkecil hati, tersedih dan terkecewa” ujar beliau.

“Saya hasilkan sesebuah karya dengan bersungguh-sungguh untuk kepuasan penonton,” katanya kepada mStar.

Saya tak tahu berehat sampai bila

Sebelum ini, suami kepada Sheila iaitu pengarah Jinggo mendedahkan isterinya itu berhasrat untuk mengundur diri buat sementara waktu.

“Saya tak tahu berehat sampai bila tapi mungkin sampai saya dapat satu naskah yang terpanggil untuk saya berlakon semula”.

Menurut Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya, Sheila meluahkan beberapa perkara yang mendorong isterinya memendam perasaan sehingga nekad untuk berehat.

Keputusan ini bukan tarik perhatian atau gimik

Dalam pada itu, Sheila menegaskan keputusan tersebut dibuat bukan untuk meraih perhatian atau gimik semata-mata namun dia hanya ingin mengotakan kata-katanya.

Malah menurut Sheila, drama Bukan Gadis Biasa yang masih ditayangkan menerusi Slot Akasia TV3 itu merupakan lakonan terakhirnya sebelum dia berehat sementara dari dunia lakonan.

“Saya memang nak berehat, bila saya cakap itu maknanya saya akan buat. Saya bukan hanya cakap tapi tak buat”.

“Ini bukan gimik dan bukan sekadar bercakap untuk dapatkan perhatian”.

Drama bukan gadis biasa, itu drama terakhir saya

“Sekarang ini, saya tak kata saya sudah kembali berlakon. Drama Bukan Gadis Biasa, buat masa ini itu la drama terakhir saya berlakon sebelum saya berehat sekejap”.

“Saya tak tahu berehat sampai bila tapi mungkin sampai saya dapat satu naskah yang terpanggil untuk saya berlakon semula”.

 

View this post on Instagram

 

🕋 #sentiasabersyukur #alhamdulillah

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on

“Insya-Allah saya akan kembali kalau watak itu mencabar saya sebagai seorang pelakon, tapi kalau watak biasa, bagi la kepada orang uyanh lebih memerlukan platform tersebut,” ujarnya.

Rata-rata netizen meninggalkan komen dan bersedih dengan keputusan yang dibuat oleh Sheila Rusly. Semoga pelakon ini akan kembali berlakon dan menghiburkan penonton.