[VIDEO] Comelnya Adik Issabelle Menari Lagu ‘Mengantuk’ Live di MeleTOP

Gelagat comel adik Issabelle menjadi perhatian ramai apabila videonya yang menari ‘Mengantuknya Mumia’ di sekolahnya tempoh hari menjadi tular bukan sahaja di Malaysia malah ianya juga turut tular di Indonesia.

Disebabkan adik Issabelle semakin dikenali dengan gelagat comelnya, dia dijemput hadir ke dalam set rancangan MeleTOP.

Rancangan meleTOP dimulakan  dengan tarian secara live yang berlatar belakangkan lagu ‘Mengantuknya Mumia’.

Apa yang lebih menarik, keberanian dan keyakinan yang diperolehi adik Issabelle ini dalam mempersembahkan tarian secara langsung dapat memikat hati orang ramai yang melihatnya. Siap belanja lagu “Sleepy Mummy” lagi tau.

Berikut merupakan video yang tular sebelum ini.

 

View this post on Instagram

 

Teacher ask issabelle to sing & dance “slepping mummy” and follow by her friends..😂 #mynewschool #primaryone

A post shared by Issabelle_Semanjan (@issabelle_2013) on

Ini pula merupakan persembahan penuh tarian ‘Mengantuknya Mumia’ secara langsung dari adik Issabelle dalam rancangan Meletop malam tadi.

 

View this post on Instagram

 

Alaaa comelnya @issabelle_2013! @sherry_alhadad @nabilzira pun cam pro menari ok! 😜🤣 #MeleTOP

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

Segmen meleTOP kali ini telah meraih hampir 40,000 tontonan di YouTube. Memang comel dan berbakat lah adik Issabelle ni.

Sinan dan Gecko yang merupakan pencipta animasi Didi & Friends turut memeriahkan suasana apabila dia turut hadir dalam rancangan ini pada malam tadi.

 

View this post on Instagram

 

Tahniah team @didiandfriends_malaysia menang Anugerah di Asian Television Awards ke-24! Cayalah! #MeleTOP

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

Rata-rata netizen juga tidak terlepas untuk meninggalkan komen tentang reaksi mereka mengenai adik Issabelle menari live ‘Mengantuknya Mumia’.

“Comel sangat dia ni”

“congratulations terbaek anak sarawak”

“amboi part last tu comel sgt tau eee gram lah tgk budak ni..”

“Hahahha tadi baru lepas tengok. Dia tak layan pon nabil ngan sherry  layan fans je”

“Meletop sekarang dah jadi rancangan motif viral….”

Jika anda ingin mengetahui perkembangan dan video terbaru Issabelle, anda boleh mengikuti laman Instagram miliknya @issabelle_2013