“Tiada kanser,tetapi..” Ini Kenyataan Doktor Pakar Tentang Balqis, Netizen Kaitkan Unsur Mistik

Seperti yang kita semua ketahui pada dua tahun lalu, pelakon cilik terkenal iaitu Puteri Balqis Aziz atau dikenali sebagai Aqish sebelum ini mempunyai masalah hati sehingga ada yang mengatakan bahawa beliau mempunyai kanser hati.

Hal ini kerana dia kerap muntah darah dan terlantar sakit.

Tiada kanser

Namun begitu, Pakar Pediatrik dan Neonatologi, Pusat Pakar Swasta Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Masri Muhamed telah mengesahkan dan memaklumkan bahawa Aqish tidak menghidap kanser seperti yang diperkatakan sebelum ini.

Menurut Dr Masri Muhamed, beliau masih tidak dapat mengenal pasti masalah yang dihidapi oleh Aqish walaupun sudah menjalankan beberapa ujian termasuklah ujian darah.

Beliau menjelaskan bahawa Aqish tidak menghadapi penyakit kanser hati tetapi “masalah berlainan” yang masih lagi menjadi tanda tanya.

“Apabila saya jalankan segala ujian klinikal, saya tak dapat berikan satu kesimpulan apa masalahnya. Jadi, saya teruskan dengan pelbagai ujian darah kerana dia kelihatan sangat pucat.”

“Saya tengok kandungan hemoglobin dalam darahnnya sangat rendah, jadi saya jalankan ujian lain untuk fungsi hati dan buah pinggang. Selepas semua kajian dilakukan, saya mendapati dia tidak menghidap kanser, tetapi masalah berlainan,” kata Dr Masri Muhamed.

Walau bagaimanapun, sejak penyakit itu mula menyerang Aqish pada tahun 2018, Aqish masih mengalami muntah darah sehingga kini.

Oleh kerana kisah Aqish menjadi perhatian ramai beberapa hari ini, terdapat netizen yang membuat spekulasi tentang Aqish apabila mengetahui Aqish kerap muntah darah.

Kaitan kisah mistik

Ada juga netizen yang mengaitkan masalah kesihatan Aqish ini dengan kisah mistik dan mendakwa ianya ada kaitan dengan namanya yang dikatakan nama ketua jin.

Tambahannya lagi, nama Balqis mempunyai maksud yang tidak baik malah menyatakan bahawa ia adalah nama yang para jin mudah untuk berdamping dan tidak sesuai untuk digunakan.

Namun begitu, bagi meredakan keadaan , salah seorang pendakwah bebas tampil untuk menjelaskan perkara tersebut melalui laman Twitter.

Perbuatan syirik

Bagi pendakwah bebas itu, perbuatan yang mengaitkan nama kepada berlakunya penyakit atau perkara malang merupakan perbuatan syirik.

 


Tidak terlepas untuk memberi pandangan , Mufti Wilayah Persekutuan juga menerangkan bahawa umat Islam perlu menjauhkan diri dari berpendapat seperti itu kerana mempercayai sesuatu nama itu berat dan tidak mampu ditanggung oleh bayi adalah kepercayaan yang tidak didasari dengan bukti yang jelas.

Walau bagaimanapun, marilah kita bersama sama mendoakan yang terbaik untuk kesihatan adik Balqis supaya sentiasa dalam lindungan Allah SWT.