[VIDEO] Celebrate Party Sampai Bilik Hotel Tunggang Langgang, Housekeeper Luah Rasa Bengang

Sebaik sahaja negara kita diberi kebenaran untuk merentas negeri, ramai rakyat Malaysia mula merancang untuk mereka pergi bercuti bersama keluarga tersayang.

Kelonggaran melancong yang diberikan kepada kita ini sedikit sebanyak mampu melonjakkan ekonomi dalam sektor pelancongan.

Ada sesetengah pelancong tempatan juga mengambil peluang singgah ke tempat-tempat menarik untuk berehat beberapa hari sebelum meneruskan kembali perjalanan mereka.

Secara tidak langsung, hotel-hotel mahupun pusat penginapan memainkan peranan penting dalam menyediakan tempat menginap yang selesa untuk pelancong tempatan.

Luahan pekerja hotel terhadap penginap yang tidak bertanggungjawab

Sebelum ini tular di media sosial mengenai luahan seorang pekerja hotel tentang penginap yang tidak bertanggungjawab.

Dalam video tersebut ada memaparkan bilik ditinggalkan dalam keadaan yang sangat bersepah. Apa yang lebih memeranjatkan lagi, beberapa barangan hotel telah rosak.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook bernama Miera Nadhirah, dia telah memuatnaik satu video Tiktok di statusnya.

Bilik bersepah sambut party untuk raikan bakal pengantin

Dia meluahkan rasa marah dan geram dengan pengguna hotel yang tidak endah akan kebersihan bilik selepas “celebrate party”.

Bilik tersebut dipercayai telah digunakan untuk meraikan seorang bakal pengantin perempuan.

Susahkan ramai orang dan lambatkan proses mengemas

Oleh itu, Miera berasa kesal dan berkata perkara ini akan menyusahkan ramai orang dan melambatkan proses “housekeeping”.

Ini kerana pekerja perlu mengambil masa yang lebih lama untuk mengemas dan memastikan semua barang berada dalam keadaaan baik sebelum masuk pelanggan seterusnya.

Ada ramai yang celebrate majlis tak tolong kemaskan

“Lagi satu kes bagaimana kita melambatkan kerja housekeeping. Bila kita celebrate dekat hotel dan tak tolong kemaskan selepas itu.”

“Memang ramai dari kita suka celebrate hari jadi etc atau surprisekan orang tersayang dekat hotel, tapi lepas itu cuba lah ringankan kerja housekeeping dengan membersih sedikit.”

Tolong ringankan beban dan senangkan kerja orang

“Marilah kita cuba meringankan beban dan menolong menyenangkan kerja orang semampu boleh.”

“Bila korang check out tinggalkan bilik macam ni rupa. Tak rasa bersalah kah? Hidup ini perlu ada toleransi.”

Jangan guna alasan kami dah bayar

“Jangan guna alasan kami dah bayar. Guna hati perut sikit lah. Sebab spesis macam inilah yang melambatkan kerja housekeeping.”

Harap pengguna hotel lebih peka akan kebersihan bilik hotel

Wanita itu juga sempat berpesan menerusi posting yang dibuatnya di status Facebook supaya pengguna hotel lebih peka akan kebersihan bilik hotel selepas digunakan.

Video tular di laman Facebook:

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen di posting Miera  geram melihat akan perbuatan penginap hotel tersebut.


Jangan pulangkan deposit-netizen