[VIDEO] Cara Buang Minyak Masak Terpakai Jadi Beku, Mudah & Tak Kotorkan Tangan

Hampir kesemua makanan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia menggunakan minyak masak.

Pelbagai juadah menggunakan kaedah menggoreng yang memerlukan kuantiti minyak masak yang banyak.

Bermula dari sarapan pagi nasi goreng, roti canai, kuih muih dan berpindah kepada makan tengahari yang terdiri dari pelbagai lauk pauk.

Makan petang pisang goreng atau pelbagai jenis gorengan yang menjadi kegemaran ramai menggunakan minyak masak.

Ini menunjukkan kita menggunakan minyak masak dengan kadar yang maksimum setiap hari.

Ini menyebabkan sinki di dapur rumah sering kali tersumbat terutama kepada mereka yang tinggal di rumah pangsapuri.

Lebihan minyak masak ini sering memeningkan surirumah yang mana ia memerlukan lebihan penjagaan dan pengurusannya.

Satu perkongsian dari saudara Noor Hafiza Mohamad telah berkongsi dengan orang ramai cara-cara membuang sisa minyak masak dirumah anda.

Walaupun minyak masak boleh dijual semua namun tidak semua tempat menyediakan perkhidmatan tersebut.

Cara ini membolehkan ramai surirumah boleh menguruskan lebihan minyak masak terpakai mereka dengan baik dan tidak perlu runsing sinki rumah anda tersumbat.

Menggunakan Hardener

Ramai yang tidak tahu wujudnya produk ini dipasaran yang ternyata mampu memudahkan kerja-kerja mereka didapur.

Produk ini boleh membekukan minyak masak terpakai supaya lebih mudah untuk lebih mudah membuang minyak masak terpakai di rumah anda.

Produk ini dipanggil cooking oil harderner atau lebih mudah dipanggil produk pengeras minyak masak terpakai.

Anda boleh dapatkannya di Daiso yang berhampiran rumah anda dan setiap kotak mengandungi 5 pek.

Cara-cara melakukannya adalah seperti berikut:

  1. Anda boleh membeli hardener atau dikenali sebagai pengeras minyak masak boleh dapatkkannya di daiso.
  2. Panaskan minyak masak dan masukkan hardeber.
  3. Kemudian tunggu sehingga sejuk dan minyak akan membeku.
  4. Apabila telah beku bolehlah masukkan minyak tadi kedalam plastik ikat kemas dan buangkannya di dalam tong sampah.

Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada semua pembaca dan selamat mencuba!!