Rumah Bebas Habuk! Wanita Ini Kongsi Resepi Semburan Pelbagai Fungsi

Masalah habuk antara masalah yang sering dialami oleh setiap orang. Rumah perlu kerap dibersihkan terutama pada kawasan tersorok.

Selain itu juga, habuk turut melekat pada katil, rak, pasu, kipas dan peralatan rumah yang lain.

Spray magik hapuskan habuk

Menerusi satu perkongsian salah seorang pengguna Facebook, dia telah berkongsi tip untuk menghasilkan spray magik ini.

Magik spray membantu habuk susah melekat pada barangan, justeru tak perlu lagi bersihkan setiap hari.

Tip ini dikongsikan oleh Puan Yatie Eimra ada berkongsi resepi dust spray. Bermacam resipi telah dicuba, tetapi baginya resipi inilah yang terbaik dan paling berkesan.

Resepi dust spray

“Saya ni memang suka tip dan trik yang memudahkan urusan harian. Bila jumpa macam-macam tip, mesti saya simpan dan cuba bila berkesempatan”.

“Banyak resipi buat dust spray ni sebenarnya, cara paling senang guna air dan softener. Tapi lepas cuba beberapa resipi, setakat ni inilah resipi dust spray yang paling saya berpuas hati sebab ia serbaguna”.

“Pada saya, adanya tip macam ni bukannya bermakna boleh culas dan bermalasan tapi sekadar memudahkan serta mempercepatkan kerja-kerja rumah & urusan harian”. 

Resepi penyembur habuk pelbagai guna

1) ¼ cawan cuka
2) 1¼ cawan air
3) 3 sudu kecil minyak zaitun
4) 1 sudu makan pencuci pinggan* (optional)
5) Sedikit essential oil* (optional)

Campur semua bahan-bahan

Kemudian, campur semua bahan dalam botol spray. Goncang sebelum guna.

Guna botol spray transparent supaya mudah nampak atau buat peringatan pada botol supaya tak lupa dan saya buat 2 botol spray sebab guna 2 wangian berbeza

Saya gunakan 1 bahagian cuka & 5 bahagian air supaya larutan cuka tak terlalu pekat/terlalu cair.

Cuka agen pembasmi kuman

Cuka memudahkan menanggalkan kotoran, juga sebagai agen pembasmi kuman dan minyak zaitun berfungsi untuk mengilatkan & melindungi permukaan kayu.

Pencuci pinggan mampu menanggalkan kotoran secara lembut dan essential oil berfungsi memberi kesegaran & mengurangkan bau cuka.

Antara tip penting dalam menyediakannya

Sebaik²nya gunakan minyak zaitun. Saya tak jamin penggunaan minyak masak biasa (sawit) boleh berikan hasil yang sama untuk perabot kayu (bila bertindakbalas dengan cuka).

Jangan gunakan pencuci pinggan yang bundle sebab bahan kimianya agak tinggi dan boleh rosakkan sesetengah permukaan perabot.

Cara untuk spray 

Jika risau perabot yang agak sensitif, cuba spray sikit dahulu dibahagian yang tersorok/paling bawah untuk uji keserasian.

Tip paling penting adalah goncang setiap kali sebelum guna supaya larutan minyak & air bercampur.


Kurangkan habuk melekat pada perabot & kipas

Mengurangkan habuk tak bermakna habuk langsung tak lekat ye. Cuma lebih mudah nak bersihkan habuk & menjimatkan masa

Mengilatkan perabot kayu

Bukan setakat kabinet, pemegang dulang dari kayu pun saya gunakan spray ni sebab kilatannya memang cantik.

 

Mengurangkan habuk terkumpul pada gril pintu & lapisan minyaknya mengelakkan dari berkarat

Rumah dekat dengan jalan besar ni, manjang je habuk & debu bertepek dekat gril. Walaupun saya spray sesekali sahaja, memang nampak perbezaan dgn sebelum ini

Membersihkan & melicinkan trek pintu/tingkap jenis sliding serta melancarkan trek yang tersangkut

Kekadang hujan lebat sangat, kena jugak sikit² tempias air dekat pintu/tingkap sliding. Lama² mesti trek tersangkut². Saya spraykan aje untuk lancarkan balik

Sebagai lapisan perlindungan dari kotoran untuk jubin dinding dan sinki.

Saya selalunya basuh toilet hujung minggu. Hari biasa ni sental memane yg sempat je. Tak boleh lama² dalam bilik air sebab anak tengah melasak.

Guna spray ni memang mudah nak bersihkan jubin dan di celah-celah. Toilet yang jarang guna (untuk tetamu) pun saya spraykan pada jubin & sinki.

Pastikan bersihkan dahulu jubin & sinki seperti biasa, kemudian barulah gunakan spray ni. Spray secara menyeluruh terutama dicelah² jubin.

Sebaik²nya gunakan span atau kain microfiber untuk ratakan air (supaya semua permukaan kena).

Spray seminggu sekali atau bila perlu

Penggunaan spray membantu kurangkan kotoran yang melekat. Next time kerja² bersihkan jubin dinding & sinki akan lebih mudah & cepat.

Toilet pun jadi wangi je lepas spray (kalau letak essential oil la). Spray sekurang²nya seminggu sekali/lepas basuh/bila perlu.

Semoga tip ini bermanfaat dan membantu anda semua menyelesaikan kerja-kerja rumah dengan lebih cepat. Selamat mencuba!