Jimat Tak Payah Beli Bunga Baru, Ini Cara Basuh Bunga Hiasan Berdebu Macam Baru Beli

Dalam setiap rumah mesti ada jambangan bunga. Tapi cuba tengok mesti berdebu kan, lagi jelas kalau bunga warna putih. Jambangan bunga terutama yang mahal kalau kotor jangan terus buang. Rugi sebab kotoran pada bunga ini boleh saja dibersihkan. Apa yang perlu kita buat cuci saja. Cara untuk mencuci bunga hiasan ini dikongsi oleh Hani Mynis. [...]

Rumahku syurgaku bak kata pepatah. Pastinya pelbagai hiasan bunga ada di dalam rumah anda bagi menaikkan seri rumah.

Namun, perlukah anda membeli bunga baru apabila bunga telah buruk dan berdebu tambah pula bunga yang berwarna putih lagi jelas berdebu.

Rugi jika jambangan bunga terutama yang mahal kalau kotor jangan anda terus buang. Ini kerana kotoran pada bunga ini boleh saja dibersihkan.

Kita hanya perlu mencuci bunga tersebut namun bagaimanakah caranya untuk memastikan bunga tersebut tidak rosak selepas dicuci.

Ini satu perkongsian mengenai cara-cara untuk mencuci bunga hiasan ini dikongsikan oleh Hani Mynis.

Langkah-langkah deep cleaning artificial plants and flowers1. Kumpulkan semua pokok/ bunga palsu yang ada dalam rumah

Langkah pertama, kumpul semua bunga termasuk yang ada di ruang tamu, dapur, bilik tidur, luar rumah. Sebelum itu, tip ini khas untuk pokok @bunga dari latex atau plastik @polyester sahaja. Dari baldu kena buat dry cleaning sahaja.

2. Kumpulkan dan susun ikut kategori bunga.

Sama ada kategori jenis material pokok/bunga. Plastik, polyester, silk, baldu, latex dan lain-lain. Susun juga ikut kategori jambangan bunga, dedaun sahaja, berpasu dan sebagainya.

3. Anda boleh mengambil gambar kalau bunga gubah di kedai

Untuk jambangan bunga yang perlu digubah, ambil gambar gubahan dulu sebelum dicabut. Lagi-lagi yang digubah siap di kedai.

Sebab nanti kira nak leraikan gubahan, basuh dan gubah semula. Kecuali memang berbakat menggubah bunga, abaikan langkah ini.

4.  Sila ikat jambak bunga jenis tangkai panjang mengikut pasu.

Ini perlu kerana jkita tidak mahu kes tertinggal setangkai bunga masuk pasu lain. Ikat guna getah atau cable tie.


Hani memang ikat siap-siap dengan cable tie. Masuk je sejambak dalam pasu terus.

5. Boleh mulakan proses mencuci

Perlu sediakan besen berisi air paip. Masukkan 1 sudu pencuci pinggan mangkuk cecair dan 1 sudu pelembut /pewangi fabrik.

Pilihan lain menggantikan pelembut /pewangi fabrik ialah essential oil (masukkan 4 titis). Kacau campuran tadi sehingga berbuih.

6. Masukkan bunga mengikut jambak atau set gubahan

Jangan campur dan jangan rendam (sebab ada bunga atau daun yang gam nya kita tak tahu cepat kembang atau tak). Masukkan dalam campuran tadi. Kacau sikit secara perlahan.

7. Urut setiap kelopak atau dedaun jika perlu dalam campuran pencuci tu dengan jari

Tak perlu diberus kecuali kesan kotoran degil yang perlu diberus, guna berus lembut sepertu berus gigi terpakai.

Untuk setiap jambakan /set ambil masa 1-2 minit je. Kalau buat regular maintainance (dry cleaning), proses ni memang tak lama sebab tak lah kotor sangat.

Jadi, bila nak cuci pun tak amik masa lama dan insyaAllah bunga tahan cantik lebih lama. Nampak macam baru je.

8. Kalau bunga berpasu

Untuk bunga berpasu, boleh kena air tapi jangan direndam dalam air pasunya. Takut gam kat pasu kembang. Kena air lalu sikit semasa bilas tak pe. Tapi cepat-cepat tos.

9. Bilas dan jemur

Semasa membilas pun tak  perlu lama. Kalau boleh tak nak bau pewangi fabrik tu hilang. Untuk setiap jambakan ambil masa 1 minit begitu.

Langkah terakhir, jemur sehingga kering. Tak mau lembap sebab nanti boleh rosakkan bunga (bertahi lalat, berkulat dan bila lembap lagi mudah attract habuk pada pokok/bunga balik).

Nota: Kekerapan deep cleaning : 6 bulan atau setahun sekali.

Semoga perkongsian ini mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada semua pembaca. Selamat Mencuba!