[VIDEO] “Budak tu elok je dok guling ” Anjing Berlari Datang Nak ‘Selamatkan’, Komen Netizen Buat Ramai Terharu

Memelihara dan merawat haiwan peliharaan di rumah seperti kucing, anjing, ikan hiasan dan sebagainya mungkin jadi suatu hal yang menyenangkan bagi setiap pemilik haiwan peliharaan.

Selain itu, memiliki haiwan peliharaan juga mampu untuk menghalau rasa sunyi seseorang, sekaligus menjadi sebahagian dari keluarga atau sahabat sejati di rumah.

Bagi muslim, kebanyakkannya memang gemar untuk memelihara kucing manakala bagi non-muslim pula, mereka lebih memeilih untuk memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan.

Terbaru, tular sebuah video dimana seekor anjing dilihat seperti menyelamatkan seorang budak perempuan daripada jatuh tergolek itu telah mencuri tumpuan.

Menerusi video tersebut, kelihatan seekor anjing berlari ke arah budak perempuan yang jatuh di sebuah taman rekreasi.

Namun apa yang lebih mencuri tumpuan ramai apabila anjing tersebut menyerbu dan memeluk budak perempuan yang sedang menggulingkan badan seakan-akan seperti jatuh tergolek.

Tanpa berdiam diri, dua orang wanita yang dipercayai sebagai tuan empunya anjing tersebut segera mengambil anjing comel itu.

 

Video yang tular di laman TikTok:

@queeniejasia Budak tu elok je dok guling sekali anjing datang😂😂😂 Kesian tapi kelakar la pulak🤣 #1stfyp #fyp ♬ original sound – Queen.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.4M tontonan, 164.0K tanda suka, 5869 komen dan 3438 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, jelas terlihat komen-komen rakyat malaysia yang positif dan saling tidak menyalahkan serta sekadar memberi nasihat.

Bagi pandangan orang bukan muslim, mereka menasihatkan agar orang bukan Muslim lain yang ingin membawa anjing ke luar supaya dipakaikan tali agar tidak lagi berlaku perkara seperti ini.

Namun bagi netizen muslim pula, mereka menyifatkan perkara itu boleh disertu dan disamak kerana islam itu bukan setakat mudah, malah ianya juga indah.


Terbaiklah Malaysian! tidak kira bangsa, agama, malah kaum, kita tetap bersatu dan saling prihatin! we are sharing the world!