“Pihak Mall tuduh kami rosakkan lif” Sejam Terperangkap Dalam Lif Dengan Anak Kecil, Wanita Ini Luah Rasa Terkilan

Kemudahan seperti lif selalunya akan disediakan di pusat membeli belah ataupun bangunan-bangunan yang tinggi untuk memudahkan pergerakan pengunjung.

Pun begitu, malang tidak berbau. Kemalangan sering akan berlaku walau sejauh mana pun kita berharap agar ianya tidak berlaku.

Premis besar dan popular juga tidak terlepas dari masalah kerosakan lif ini. Oleh itu kita haruslah sentiasa hati-hati dan menyiapkan diri jika kejadian seperti ini berlaku.

Baru-baru ini, sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam lif selama hampir satu jam di sebuah pusat membeli belah terkenal di Selangor.

Insiden ini telah dikongsi oleh seorang wanita di akaun TikTok miliknya yang bernama @aniwanis.

Apabila tahu sahaja sudah terperangkap dalam lif, mereka sekeluarga terus menghubungi pihak penyelenggara bangunan namun hampa apabila mereka memaklumkan pertolongan akan tiba dalam masa satu ke dua jam.

“Terperangkap dalam lif hampir 1 jam dekat **. Call maintenance tapi malangnya diorang cakap akan sampai dalam 1/2 jam. Padahal dah maklumkan ada budak kecil dalam lif ini.”

“Disebabkan terlalu lama, kami terpaksa call bomba untuk minta bantuan disebabkan anak-anak dah start lembik dan tak bermaya. Dahla anak-anak semua ada asma. Hati ibu mana tak risau.”

“Alhamdulillah tak sampai 10 minit pihak bomba sampai. Terasa lega sangat. Kalau tak, tak tahula apa jadi dekat anak-anak kami ini. Terima kasih sangat kepada bomba atas bantuan yang diberikan.”

Malangnya, setelah insiden itu berlaku, pihak pusat membeli-belah bukan meminta maaf pada keluarganya tapi sebaliknya pula yang berlaku!

Keluarga wanita itu malah dituduh sebagai punca kerosakan lif mereka.

Namun dia menegaskan bahawa bukan dia dan keluarganya punca lif itu rosak. Oleh kerana sikap lepas tangan yang ditunjukkan oleh pihak itu, dia juga sudah pun bercadang itu mengambil tindakan yang lebih serius kepada pihak ‘di sana’.

“Tak tahulah nasib anak-anak kami malam itu. Tapi malangnya, pihak sana menuduh kami yang rosakkan lit tersebut langsung tak logik di akal. Takkan Kami yang bekeluarga nak rosakkan lif tersebut. Tak apalah kifarah itu ada. Tunggu kami ambil tindakan dekat pihak sana. Terima kasih abang bomba.”

Video tular di laman Tiktok:

@aniwanis tunggu kami akan ambik tindakan kt pihak sana…Trima kasih abg bomba..#fyp #bombamalaysia🇲🇾 #tiktokmalaysia ♬ Sholawat Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Berikut antara respon warganet di TikTok.


Ramai warganet yang menyokong tindakan wanita tersebut yang ingin menyaman pihak pusat membeli-belah itu.

Tindakan ini juga dianggap sebagai menuntut keadilan atas bala yang terjadi kepada keluarganya.