[VIDEO] Budak Ini Dapat RM91Juta Hanya Bermain Mainan Di YouTube, Anak Anda Mungkin Menyumbang

Ryan, 7 tahun telah mencipta rekod dengan menjana pendapatan $22 juta (±RM91 juta) dan dikenali sebagai jutawan kanak-kanak.

Ryan hanya membuat review permainan di saluran YouTubenya, Ryan ToysReview. Setakat ini Ryan mempunyai seramai 17 juta subscribers.

Apa yang membuat video Ryan semakin istimewa selain daripada keletahnya ialah cara kreatif Ryan membina ‘kota’ sendiri menggunakan Lego sahaja.

Itu salah satu video yang membuatkan Ryan berbeza dengan YouTuber lain Rata-rata pengikut setia Ryan adalah kanak-kanak dan juga ibu bapa.

Program tersebut meraih tempat pertama tahun ini dalam senarai tahunan Forbes daripada akaun YouTube dengan pendapatan paling tinggi.

Ryan memulakan rancangan tersebut yang dihasilkan oleh keluarganya sendiri, telah melonjak naik daripada tangga ke-8 ke tangga pertama carta tertinggi YouTube Forbes.

Ryan juga kini melancarkan permainan kanak-kanak jenamanya sendiri. Permainan seperti slime, anak patung, termasuk pakaian jenamanya akan mula dipasarkan di pasaraya terkemuka Walmart Inc bulan hadapan.

Menurut Walmart, Ryan telah bekerjasama dengan PocketWatch memilih sendiri 13 jenis permainan dan pakaian yang akan dijual di bawah nama Ryan’s World.

Permainan yang dijual turut disertakan dengan hadiah misteri itu akan mula dijual di Walmart pada 6 Ogos ini.

Kanak-kanak lelaki yang hanya dikenali dengan nama Ryan ini, mula terkenal hanya dengan menjadi ‘pengulas’ mainan di YouTube.

Ia bermula apabila ibubapanya merakamkan gelagatnya bermain permainan Lego pada usianya 3 tahun dan memuatnaik video tersebut di YouTube.

Program tersebut dicipta sejak 2015 dan mula tular sejak Ryan mengkaji sebuah kotak yang mengandungi ratusan mainan daripada siri ‘Car’ terbitan animasi Disney.  Video tersebut telah mendapat lebih 935 juta tontonan.

Saluran YouTube Ryan ToysReview mempunyai lebih daripada 15 juta langganan dan telah mencecah lebih daripada 23 bilion penonton sehingga kini.