[VIDEO] “Betapa bahaye virus ni!” Mangsa Coronavirus Dibawa Dalam Tiub Plastik Bertutup

Kebanyakan negara terutamanya di Asia kini sedang berjaga-jaga dan bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang boleh berlaku kerana coronavirus. Penularan virus yang bermula dari Wuhan, China itu dijangka meningkat ketika perayaan Tahun Baru Cina kerana ramai yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing. Virus ini dipercayai datang dari haiwan liar yang dijual secara meluas di [...]

Boleh dikatakan semua negara terutamanya di Asia kini sedang berjaga-jaga dan bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang boleh berlaku angkara penyakit terbaru yang disebabkan oleh coronavirus.

Di Malaysia, sebanyak 4 kes suspek dilaporkan namun ujian makmal terhadap empat individu yang disyaki dijangkiti coronavirus baharu dikenali sebagai 2019-nCoV, disahkan negatif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan menerima laporan empat kes, dua di Sabah dan Selangor.

Katanya, semua empat individu itu dimasukkan ke wad pengasingan sebaik dikesan, bagi membolehkan rawatan dan siasatan dijalankan.

Penularan virus yang bermula dari Wuhan, China itu dijangka meningkat ketika perayaan Tahun Baru Cina kerana ramai yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Virus ini dipercayai datang dari haiwan liar yang dijual secara meluas di negara itu. Masakan tidak, rakyat China memang suka makan haiwan liar dan semalam saintis berpendapat sup kelawar mungkin menjadi salah satu penyebab virus yang boleh berjangkit dari haiwan kepada manusia.

Pada mulanya semua dimaklumkan tentang simptom awal coronavirus ini iaitu demam, batuk, sakit tekak dan selsema.

Orang ramai dinasihatkan supaya segera berjumpa doktor jika mengalami mana-mana simptom tersebut.

Satu video yang tular menunjukkan betapa bahayanya virus ini sampaikan pihak medik terpaksa meletakkan mangsa ke dalam tiub bertutup kerana tak mahu orang lain turut dijangkiti.

The Sun melaporkan satu rakaman menunjukkan mangsa jangkitan dibawa ke hospital di dalam tiub plastik dekat Wilayah Guangdong, China viral.

Rakaman yang berdurasi 17 saat itu dimuat naik oleh Radio Free Asia juga menunjukkan doktor dan pasukan medik memakai sut serta pakai topeng di muka ketika mengendalikan mangsa.

Difahamkan, seramai 26 orang juga telah dijangkiti di wilayah Guangdong dan 3 daripada mereka kini berada dalam keadaan kritikal.

Sehingga artikel ini ditulis, coronavirus telah membunuh sekurang-kurangnya 17 orang sejak virus ini mula merebak.

Di Singapura pula, satu kes telah disahkan berlaku di mana seorang rakyat China yang sedang bercuti di republik itu positif coronavirus.

Untuk keselamatan warga Malaysia, Pengarah Kesihatan Johor, Dr Aman Rabu, berkata jabatan berkenaan akan mengetatkan proses saringan kesihatan menggunakan mesin pengimbas sistem gelombang dan suhu badan di 12 pintu masuk antarabangsa negeri Johor.

Video pesakit dibawa di dalam tiub plastik.