[VIDEO] “Abang saya kembali kerahmatullah akibat pemandu mabuk..”

Hari ini satu kemalangan telah berlaku menyebabkan seorang meninggal dunia, manakala dua lagi parah selepas motosikal masing-masing dirempuh kenderaan Ford Ranger dipandu lelaki yang dikatakan mabuk.

Insiden yang berlaku pada jam 7.20 pagi itu menyebabkan seorang penunggang motosikal Nuovo LC, Muhammad Zulfakkar Borhan, 29, meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua orang lagi penunggang dan pembonceng motosikal Honda EX5, Muhammad Hazid Mohd Kamil, 27 dan Muhammad Anas Mokti, 27, dilaporkan parah.

Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan mendapati Ford Ranger itu dipandu dari arah Bulatan Jalan Kebun menghala ke jejambat Lebuh Raya Shah Alam (KESAS).

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan itu, sebaik tiba di lokasi kejadian, Ford Ranger itu memasuki laluan bertentangan dan melanggar dua motosikal terbabit dan kemudiannya terbabas hingga masuk ke dalam longkang.

Luahan adik mangsa, Umi Nabilah mendapat perhatian di laman Facebook.

Buat yang mengenali abang saya Muhammad Zulfakkar Bin Borhan, abang saya telah kembali kerahmatullah lebih kurang pukul 7.00 pagi tadi akibat dilanggar oleh pemandu mabuk yang memandu 4×4. Mohon jasa baik doakan dia supaya ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman.

Arwah adalah seorang abang yang sangat bertanggungjawab dan terlalu rapat dengan saya.
Dia sorang anak yang baik.
Dan tidak pernah menyusah kan sesiapa. Sekiranya arwah ada berhutang dengan sesiapa, boleh hubungi saya.

Rehat ye Paka. Jumpa lagi.

———

My heart is heavy. Today my dearest brother lost his life by a drunk driver. Please please please please pleaseeee do not drink and drive. Your recklessness and selfish attitude has caused me my brother, my only brother whom I am extremely close with.

Aku sayang kau Paka.

Tonton video insiden di sini.

Rata-rata netizen mengucapkan takziah dan mendoakan semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang beriman.