[FOTO] Akibat Guna Khidmat ‘Bidan Palsu’, Bayi Baru Lahir Patah Tulang Kaki

Hasrat pasangan suami isteri untuk menyambut kelahiran bayi dalam keadaan sihat akhirnya bertukar tragedi ngeri apabila kaki bayi mereka telah patah dan mengalami kecederaan gara-gara ‘disambut’ oleh dua orang ‘bidan palsu’. Kejadian yang berlaku di Moscow itu telah viral di media sosial sehingga mendapat perhatian ramai termasuklah mengundang kemarahan doktor di Rusia disebabkan tidak menjalani prosedur [...]

Impian pasangan suami isteri untuk menyambut kelahiran bayi dalam keadaan sihat akhirnya bertukar menjadi pengalaman hitam apabila kaki bayi mereka telah patah dan mengalami kecedraan kerana disambut bidan palsu.

Insiden yang berlaku itu telah menjadi tular di media sosial sehingga mendapat perhatian ramai.

Perkara ini turut mengundang kemarahan doktor kerana tidak menjalani prosedur kelahiran di hospital.

Menurut laporan Daily Mail, ibu bayi berkenaan dikatakan mengalami komplikasi semasa proses kelahiran yang dilakukan dua bidan palsu di rumahnya di Moscow.

Bidan palsu yang bernama Valeria dan Ekaterina itu yang masih kurang pengalaman itu tiba-tiba panik apabila bayi itu masih berada dalam kedudukan songsang walaupun ramuan homeopathi telah diberikan kepada wanita berkenaan untuk membetulkan kedudukan bayi yang berada dalam kandungannya itu.

Bayi tersebut tidak menunjukkan pergerakan dan apabila proses kelahiran berlaku, kaki bayi dikatakan keluar terlebih dahulu.

Perkara itu menyebabkan bidan ini menjadi panik dan dalam masa yang sama mereka telah menarik kaki bayi berkenaan.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila bidan tersebut enggan memanggil ambulans kerana risau bakal menghadapi pertuduhan memandangkan mereka hanyalah bidan amatur.

Apabila keadaan ibu bayi itu dilihat semakin kritikal, barulah kedua-dua bidan ini kemudiannya bergegas membawa ibu dan bayi berkenaan ke hospital bersalin untuk rawatan lanjut.

Apabila tiba di hospital, bayi itu disahkan telah dilahirkan dengan tulang yang patah dan mengalami beberapa kecedraan berbahayaa.

Semua ini terjadi kerana si ibu lebih memilih untuk menggunakan perkhidmatan pembantu peribadi berbanding bersalin di hospital.

Walau bagaimanapun, pihak hospital telah berjaya menyelamatkan kedua-dua ibu dan bayi berkenaan walaupun bayi tersebut mengalami kekurangan oksigen dalam tubuh badan.

Dalam pada itu, bapa kepada bayi berkenaan memberitahu kedua-dua bidan palsu itu dipercayai telah melarikan diri sebaik sahaja dia memberitahu bahawa mereka mempunyai bukti rakaman sepanjang proses kelahiran berlaku.

“Saya menyesal mendapatkan khidmat mereka. Lebih menyakitkan hati apabila kedua-dua wanita berkenaan meminta saya menjelaskan bayaran bagi perkhidmatan yang diberi.

“Mereka juga kini sudah lesap selepas saya memaklumkan mempunyai rakaman proses kelahiran itu,”

Dia amat bersyukur dan berterima kasih kepada doktor-doktor di Hospital Bersalin Semiluksky kerana telah menyelamatkan dua nyawa kesayangannya.