[VIDEO] Bertengkar & Cuba Langgar Wanita, Mat Motor ‘Kena Bantai’ Lepas Ditahan Kereta

Sekitar petang tadi, telah tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki menaiki motosikal dengan sengaja melanggar seorang wanita yang berdiri disampingnya.

Bertengkar dan penunggang motosikal bertindak langgar wanita berkenaan

Dalam video tersebut, dapat dilihat kedua-duanya seolah-olah sedang bertengkar terlebih dahulu sebelum penunggang motosikal itu melanggar beberapa kali wanita terbabit.

Menerusi video yang tular di laman Twitter itu, video yang berdurasi 30 saat telah dimuat naik oleh pengguna Twitter dikenali sebagai Cik Kazmira.

Kenderaan jenis Persona sauk penunggang motosikal berkenaan

Namun begitu, menerusi rakaman berkenaan orang ramai yang berpuas hati apabila lelaki yang menunggang motosikal berkenaan dilanggar kenderaan lain.

Penunggang motosial tersebut dilanggar sebuah kereta Proton Persona bagi menghentikan tindakannya yang berniat seperti mahu mencederakan wanita itu.

Tindakan pantas orang ramai berjaya tahan lelaki tersebut

Tindakan pantas orang ramai yang berada di sekitar berlari mendapatkan lelaki itu dan berjaya menahannya dari meneruskan ‘aksi gilanya’ kepada wanita terbabit.

Malah, ramai yang berpuas hati melihat lelaki tersebut dilanggar kereta sebelum ditangkap anggota keselamatan yang berada di kawasan terbabit.

Melarikan diri selepas bertindak kasari wanita

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji tindakan cepat orang ramai yang segera menahan lelaki berkenaan daripada melarikan diri selepas mengasari wanita yang berada disitu.

Bagaimanapun, rakaman video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter tersebut tidak dapat dipastikan kesahihannya sama ada video baru atau pun lama.

Tiada petunjuk dimana kejadian berlaku

Selain itu juga, tiada sebarang petunjuk dimana kejadian berkenaan berlaku kerana ia tular dan dimuat naik tanpa sebarang maklumat oleh pengguna Twitter.

Semoga orang ramai dapat mematuhi dan bertindak rasional di atas jalan raya demi keselamatan bersama.