[VIDEO] “Berjalan pun susah..” Bekas Pesakit Kongsi Detik-Detik Menghidap Koronavirus

Biarpun angka kematian berikutan penyakit Coronavirus semakin meningkat, masih ada juga yang sudah sembuh, bahkan jumlahnya lebih tinggi daripada kematian. 50 ribu daripada 93 ribu kes dinyatakan telah sembuh daripada wabak ini. Mesti korang tertanya-tanya macam mana rasanya bila menghidap COVID -19 ni kan? Julie, warga Singapura yang kini sudah sembuh sepenuhnya daripada Coronavirus ceritakan [...]

Walaupun jumlah kematian berikutan Coronavirus COVID19 semakin meningkat, masih ada juga yang pesakit sudah sembuh sepenuhnya, malah jauh jumlahnya lebih tinggi berbanding kematian.

Lebih kurang 50 ribu daripada 93 ribu kes dinyatakan telah sembuh daripada wabak yang semakin meruncing ini.

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana agaknya yang dirasai oleh pesakit COVID19 ini.

Seorang wanita warga Singapura, Julie yang kini sudah sembuh sepenuhnya daripada Coronavirus telah menceritakan apa yang dia rasai sebelum kena kuarantin selama 9 hari.

Telan panadol demam baik

Dalam satu laporan Tribunnews, Julie dikatakan terkena wabak coronavirus itu pada 3 Februari 2020, dia mula rasa demam panas tapi pada masa tu Julie hanya anggap hanya sekadar demam biasa.

“Masa tu saya mula rasa demam, Suhu di tubuh badan saya dalam lingkungan 38.2 hingga 38.5 darjah celsius”

Namun Julie Ketika itu langsung tak fikir apa-apa, hanya telan Panadol sahaja dan demamnya terus baik.

“Keadaan saya tak makin sembuh, saya rasa agak letih, jadi saya hanya berehat dan tidur seharian”

Apabila bangun dari tidur, Julie merasakan badannya semakin sihat sepenuhnya dan batuk-batuk semua hilang.

Empat hari kemudian

Tetapi dalam jam 3 petang empat hari kemudian, demam itu dirasai semula pada 7 Februari 2020.

Julie mula rasa demam balik, dan kepalanya terasa sangat sakit selepas bangun tidur sehingga katilnya macam berpusing-pusing.

Risau dengan rasa sakit itu, Julie terus ke hospital untuk buat pemeriksaan, dan dari situlah dia disahkan terkena COVID-19.

Julie serta merta dimasukkan ke dalam bilik kuarantin untuk mendapatkan rawatan insentif, ketika menjalani rawatan dia rasa hanya selsema biasa, tetapi pada hari berikutnya rasa semakin teruk.

Sesak nafas sampai nak berjalan pun mengah

Julie mula rasa sesak nafas sampai ke tahap meyeksanya sehingga sukar untuk menjalani aktiviti harian, nak berdiri tak larat apatah lagi berjalan.

Malah, pergerakan untuk berjalan dari katil ke bilik air sendiri pun dia dah mengah.

“Saya nak berjalan pun susah, sebab nafas sesak sangat, nak berdiri lama pun tak boleh. Itu lah yang pernah terjadi kepada saya”

Walau bagaimanapun, Julie berjaya melawan sakit itu di mana selepas 9 hari Julie disahkan sembuh sepenuhnya.

Baginya orang jadi terlebih cemas disebabkan kurangnya penjelasan yang telus tentang bagaimana virus ini boleh terjadi di dalam tubuh.

Justeru, semua dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan terus dapatkan rawatan doktor jika mengalami sebarang tanda-tanda wabak ini.