Catat Keputusan SPM 7A, Anak Penjual Ikan Pelajar Cemerlang

“Hanya pelajaran yang dapat mengubah nasib keluarga kami,” tegas Nurul Syuhada Rohaizad, 18, selepas namanya diumumkan sebagai seorang daripada pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019, di sini, hari ini. Pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Kepala Batas itu berkata, perit jerih ayah, Rohaizad Othman, 43, seorang penjual ikan dan ibu, Norliza Ali, 44, suri [...]

Nurul Syuhada Rohaizad diumumkan sebagai seorang daripada pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2019 di Sekolah Menengah Sains Kepala Batas.

Menurut Syuhada yang berusia 18 tahun itu, hanya dengan pelajaran mampu mengubah nasib keluarganya.

“Hanya pelajaran yang dapat mengubah nasib keluarga kami,” tegas Nurul Syuhada Rohaizad.

Anak penjual ikan

Menerusi laporan Berita Harian, Syuhada merupakan anak kepada seorang penjual ikan, Rohaizad Othman, 43, manakala ibunya Norliza Ali, 44, adalah seorang suri rumah.

Syuhada berkata, perit jerih ayahnya mencari rezeki menyara keluarga memberi keazaman kepadanya untuk belajar bersungguh-sungguh.

Malah, Syuhada berharap kejayaannya turut menjadi inspirasi kepada dua lagi adik berusia 14 dan 13 tahun bagi mencatat keputusan cemerlang dalam pelajaran.

Keputusan SPM 7A ini menjadi hadiah buat kedua ibu bapanya yang tak pernah jemu memberikan sokongan kepadanya.

“Keputusan 7A ini menjadi hadiah kepada ibu bapa kerana tidak jemu memberi sokongan dan ucapan terima kasih tidak terhingga juga kepada guru yang tidak putus membantu dalam kelas.”

Syuhada juga sempat berpesan kepada rakan-rakan yang kurang cemerlang agar tidak berputus asa.

“Kepada yang kurang cemerlang, jangan berputus asa dan kekurangan diri bukan penghalang untuk kita terus berjaya,”

Nurul Syuhada bersama pelajar cemerlang yang lain diraikan dalam satu majlis di sekolah terbabit.

Tips pelajar cemerlang

Syuhada memberitahu, tinggal di asrama memberi kelebihan kepadanya bagi mengulang kaji pelajaran dan bertukar pendapat bersama rakan.

Baginya, sudah menjadi rutin kepadanya dan beberapa rakannya untuk bangun seawal jam 5 pagi bagi mengulangkaji pelajaran.

Mahu jadi arkitek

Tambah Syuhada lagi, dia merancang untuk menyambung pengajian di Universiti Islam Antarabangsa dan mahu menjadi seorang arkitek.

“Perancangan saya seterusnya ialah mahu menyambung pengajian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bagi mengejar cita-cita sebagai arkitek,”

Untuk rekod, seramai 644 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Pulau Pinang berjaya memperoleh semua A dalam subjek yang diambil pada peperiksaan SPM bagi tahun 2019.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dan bagi yang kurang cemerlang, jangan pernah berputus asa!