Connect with us

Selebriti

[VIDEO] Berbelas Jam Tahan Sakit Sebelum Bersalin, Ryzal Sayu Jaga Maryam Buat Netizen Sebak

Pengorbanan ibu memang tiada tandingnya, kasih sayang ibu pada anak pula tiada hijabnya.

Pengorbanan besar ibu adalah saat dia menaruh nyawanya demi melahirkan anaknya, walaupun sakit itu tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata namun kehadiran cahaya mata nyata membahagiakan hati seorang yang bergelar ibu.

Sama juga dengan kisah pasangan ‘influencer’ yang disenangi ramai iaitu Maryam & Ryzal atau lebih dikenali sebagai ‘Durian Kimchi’ dimana mereka menimang cahaya mata perempuan pada 21 oktober lalu setelah 2 tahun penantian.

Menerusi perkongsian mereka di laman Instagram, kelihatan Maryam terpaksa menahan sakit berbelas jam lamanya sebelum bersalin.

Di hujung rakaman tersebut juga, kedengaran suara Maryam yang menjerit menahan sakit high level contraction .

Sebagai suami, Ryzal mengakui dia sebak dengan perjuangan Maryam melahirkan anak namun terpaksa ‘cover’ sedihnya demi memberi semangat kepada Maryam dari awal sehingga habis dalam labour room.

“Tiada kata mampu saya ungkapkan pengorbanan besar isteri melahirkan anak. Seksa, sakit, perit pedih bercampur takut selama berbelas jam membuatkan saya sedar untuk lebih hargai isteri sepertimana kita mula-mula cintakan dia.”

“Saya mohon doa Allah supaya semua suami termasuk saya menjadi pelindung yang terbaik yang hanya cinta dan setia pandanya seorang. Kelak, biarpun wajah isteri dimamah usia namun biarkan cinta dan sayang kita setia hingga hujung nyawa.”

“Kalau dulu saya nak dua tiga anak tapi bila saksikan sendiri kesakitan Maryam lalui, saya hanya mampu bagitahu Maryam cukup untuk seorang dulu. Abang bagi sayang berehat untuk beberapa tahun. Kalau dia ready, bagitahu. InshaAllah, sesungguhnya anak itu rezeki Allah.”


Bukan itu sahaja, pilu melihat maryam, Ryzal cuba menenangkannya dengan lapkan airmata Maryam ketika dia menahan contraction dan mengusap perutnya agar lebih selesa.

Video di laman Instagram:

View this post on Instagram

 

A post shared by Duriankimchi (@duriankimchi)

Ketika artikel ini ditulis, video tersbeut telah meraih hampir 200K tontonan, 26.2K tanda suka dan 234 komen di laman Instagram.

Meninjau di ruangan kmen, rata-rata netizen memuji sikap prihatin Ryzal kepada Maryam yang sedang sakit menahan contraction di labur room. Ada juga netizen yang berkongsi pengalaman mereka saat ‘struggle’ menahan contraction.

Untuk Rekod, Maryam melahirkan anak sulungnya yang bernama Rina pada 20 Oktober lalu di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.

Ryzal dan Maryam mendirikan rumah tangga pada 15 Ogos 2019. mereka yang menetap di Seoul, Korea sebelum ini mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia pada September 2020.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.