Connect with us

Selebriti

“Just to complete her look,” Tokti Beli Handbag Mewah RM20,000 Dua Jam Sebelum Show

Sebut sahaja nama penyanyi tersohor iaitu TokTi, atau nama sebenarnya Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza Binti Tarudin, pasti ramai yang terngiang-ngiang akan kelunakkan suaranya itu.

Bukan itu sahaja, TokTi juga disegani ramai dek kerana sikapnya yang ‘humble’ dan tidak pernah sombong.

Jarang terpalit dengan kontroversi, penyanyi nombor satu negara itu baru saja mencuri perhatian warganet selepas menggayakan jam tangan anggaran bernilai RM1 juta, ketika hadir ke Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW).

Menerusi aplikasi TikTok, seorang pengguna memuat naik satu rakaman yang menunjukkan beberapa detik penyanyi itu sewaktu menghadiri pertunjukan fesyen pereka terkenal, Rizman Ruzaini.

Dalam rakaman tersebut, dia yang lebih disapa sebagai Tokti melambai pada kamera telefon rakan di sebelahnya sambil kelihatan jam tangan bertali merah jenama Richard Mille di tangan kanannya.

Terbaru, ibu kepada dua orang cahaya mata ini mencuri perhatian warga netizen apabila dikatakan membeli sebuah beg berjenama mewah beberapa jam sebelum menghadiri pertunjukkan fesyen perekaRizman Ruzaini di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW).

Khabar itu dikongsikan sendiri oleh pereka fesyen terkenal di laman Instagram miliknya.

Dek kerana kesetiaan TokTi dengan jenama itu sejak hampir 16 tahun, pereka tersohor itu turut memberikan penghargaan kepada TokTi.

“Special thanks to Datuk Seri Siti Nurhaliza for making the time to come for our show last night.”

“16 tahun usia Rizman Ruzaini, 16 tahun jugalah usia persahabatan RR bersama beliau. Thank you so much for the trust and always supporting RR.”

“And yes, it is an honour to have her be the first to wear our Spring Summer 22 collection.”

“P/s: she bought the Dior bag especially for our show (2 hours before) just to complete her look.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini)

Difahamkan, beg mewah jenama Christian Dior Medium Lady D-Lite berona putih hitam itu dianggarkan berharga rm20,500.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji kecantikkan TokTi dan ada juga yang teruja melihat kemewahan TokTi. Maklumlah, Dato siti dikenali dengan sikapnya yang tidak mendabik dada.

“Siti Nurhaliza bought her new Dior bag 2 hours before the show just to complete her look.”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.