“Dah jadi kerja aku nak basuh lantai” Bungkusan Air Bocor, Rita Rudaini Bengang Dengan Rider

Sebut sahaja nama pelakon dan model terkenal iaitu Rita Rudaini, mesti ada yang terngiang wataknya dalam filem Mami Jarum.

Biarpun sudah jarang muncul di layar perak namun namanya masih disebut warganet dek kerana isu yang tiada henti.

Terbaru, Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar,45, kelihatan berang dengan penghantar makanan apabila minuman yang ditempahnya tumpah sehinggakan meninggalkan kotoran di lantai depan rumah.

Difahamkan, apa yang membuatkan Rita bertambah geram adalah rider tersebut langsung tidak memaklumkan perkara itu kepada Rita malah hanya beransur pergi begitu sahaja.

Kau tak ikhlas dengan kerja kau- Rita

“Kepada penghantar rezeki orang pagi Jumaat ini. Kau tak ikhlas dengan kerja kau dan sebab tu kau tak boleh nak jaga rezeki orang lain!”

“Dah jadi satu kerja aku nak basuh lantai depan rumah dengan air milo yang tumpah tinggal plastik saja. Orang macam ini memang tak pernah ikhlas dengan sendiri..apatah lagi dengan orang lain!”

“Aku memang sangat marah dengan perangai manusia macam ini. Dah pecah, dah bocor sekurangnya kau bagitau la. Ni kau blah (berlalu pergi) ja.”

Dalam pada masa yang sama, bekas isteri kepada pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan ini juga sempat mengingatkan kepada penghantar makanan tersebut bahawasanya pesanan yang dihantar itu adalah satu rezeki.

“Menjijih air milo sampai ke depan sana kau bawa dengan bocor lepastu kau letak ja tinggal macam tu. Yang kau bawa ini rezeki orang ya. Dan kau pun cari rezeki.”

“Tapi cara kau cari rezeki dengan cara tidak jujur dengan rezeki kau sendiri dan rezeki orang!”

Untuk rekod, Ini merupakan kali kedua Rita Rudaini kecewa dengan sikap rider yang dianggap tidak ikhlas dalam menjalankan tugasnya.

Sebelum ini, pernah tular di media sosial tentag Rita Rudaini tidak berpuas hati dengan rider yang meletakkan makanan di atas tempat buang sampah.

“Benda makan, rezeki letak dekat tempat panas dan terdedah. Apa salahnya letak dekat tempat teduh. Inilah segelintir penghantar makanan yang tidak ikhlas dan tak bertanggungjawab pada kerja dan rezeki dia sendiri.”

“Makanan diletak atas tempat buang sampah pula tu. Saya bukan cakap semua, ada sesetengah hormat dengan makanan, pergi letak depan pintu/ tempat tertutup dan siap lapik lagi.”

Terdahulu, Rita Rudaini mendedahkan namanya digugurkan daripada terlibat untuk penggambaran yang telah lama ‘lock’ selepas drama 100 episod.