[VIDEO] BCL Mengalir Air Mata Bila Judika Nyanyi Lagu Baru ‘Tak Mungkin Bersama’

Video yang merakamkan aksi spontan Bunga Citra Lestari yang dilihat tak dapat menahan sebak lalu menangis ketika rakan artis, Judika menyampaikan single terkininya, Tak Mungkin Bersama di program Indonesian Idol pada Isnin menjadi perhatian peminat. Potongan video berkenaan yang mulai dikongsikan ramai sejak malam tadi di media sosial mencetus viral dan rata-ratanya turut terkesan apabila [...]

Beberapa hari yang lepas dunia hiburan tanah air dan juga Indonesia telah dikejutkan dengan pemergian selebriti popular, Ashraf Sinclair.

Isterinya Bunga Citra Lestari ataupun BCL masih tidak dapat menahan kesedihan di atas pemergian Allahyarham.

 

View this post on Instagram

 

You and I #bungacitralestari #ashrafsinclair #newyork

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair) on

Terbaru, satu video yang merakamkan aksi spontan Bunga Citra Lestari yang dilihat tak dapat menahan sebak lalu menangis.

Video itu dirakam ketika rakan artis, Judika menyampaikan lagu single terkininya, Tak Mungkin Bersama di program Indonesian Idol pada Isnin.

Klip video berkenaan yang mulai dikongsikan netizen sejak malam tadi di media sosial mencetus viral dan rata-ratanya turut terkesan apabila menonton tangisan ibu kepada seorang cahaya mata itu yang baru sahaja kehilangan suami tercinta.

Menerusi program tersebut, Judika menyampaikan lagu berkenaan menjelaskan lagu tersebut berkisar mengenai kehilangan individu yang dicintai.

Bunga yang menonton persembahan tersebut di kerusi juri kelihatan beberapa kali mengesat air mata hingga satu ketika dirinya dilihat tertunduk menahan air mata.

Di atas pentas, Judika juga dilihat seakan-akan sebak dengan situasi berlaku namun tetap meneruskan nyanyian.

Rentetan itu, penyanyi Ari Lasso yang turut sama di kerusi juri dilihat cuba menenangkan BCL.

Apabila tamat menyampaikan lagu tersebut, Judika telah memberi ucapan serta dedikasi khas buat BCL.

Video tersebut telah mengundang rasa sebak semua yang menontonnya dan mengucapkan kata-kata semangat buat BCL.

Terdahulu, berita pemergian Ashraf pada 18 Februari lalu dipercayai akibat serangan jantung nyata mengejutkan industri hiburan di Malaysia dan Indonesia.

Ashraf atau nama sebenarnya, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair lahir di London, England pada 18 September 1979.

Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari telah mendirikan rumah tangga pada November 2008 di Jakarta, Indonesia.

Pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata, Noah Sinclai yang dilahirkan pada tahun 2010.