Gagal Serah Sijil Halal dan KKM, Isteri Juara Da’i Ditahan Polis

ISTERI juara program Da’i ditahan polis di pejabatnya di Desa Melawati Kuala Lumpur semalam selepas dipercayai menipu seorang pelanggan. Sumber berkata, wanita berusia 40 tahun itu ditahan berikutan laporan polis dibuat mangsa Oktober tahun lalu. "Mangsa pernah berurusan dengan wanita berkenaan pada tahun 2017 yang menjanjikan menguruskan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan sijil [...]

Seorang wanita berusia 40 tahun telah ditahan pihak polis kerana dipercayai telah menipu seorang pelanggan.

Isteri kepada juara program Da’i itu ditahan di pejabatnya di Desa Melawati Kuala Lumpur semalam.

Menerusi laporan HMetro, wanita itu ditahan berikutan laporan polis dibuat mangsa pada Oktober tahun lepas.

Sumber mengatakan mangsa pernah berurusan dengan wanita itu sejak tahun 2017 lagi untuk mendapatlan sijil Halal dan juga sijil KKM bagi produk jamu.

“Mangsa pernah berurusan dengan wanita berkenaan pada tahun 2017 yang menjanjikan menguruskan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan sijil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk jamu.”

Malah, mangsa juga telah membayar kira-kira RM11 ribu namun masih tiada sebarang proses dilakukan menyebabkan dia melakukan laporan polis.

“Mangsa sudah membayar kira-kira RM11,000 kepada wanita terbabit namun sehingga tahun lalu tiada proses dijalankan dan mangsa merasa tertipu,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis sedang mendapatkan perintah reman terhadap suspek.

Sehingga kini masih tiada sebarang kenyataan daripada wanita tersebut mahupun suaminya yang bergelai Da’i.