[VIDEO] Akhirnya Ali Puteh Dijemput Buat Persembahan, Tak Sangka Ini Reaksi Penonton

Setelah lama Ali Puteh tidak beraksi membuat sebarang persembahan komedi, akhirnya Ali dapat meluangkan masa untuk satu majlis beberapa hari lepas.

Menurut Ali, tiada masa kerana terlalu sibuk uruskan hal keluarga dan tetamu yang datang untuk menziarah rumah dan pusara Abam Bocey antara punca utama kenapa Ali Puteh tidak dapat bekerja atau berada di atas pentas.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah selesai Majlis tahlil Dan bacaan yassin buat kamu arwah abang…

A post shared by syed ali mubarrak aljuffrey (@aliputehofficial) on

Ditambah lagi dengan kemelut yang melanda keluarganya, Ali Puteh memberitahu sehingga ada dugaan yang datang sampai dia tidak dapat tidur dengan lena.

Namun Ali Puteh ada memberitahu kepada media bahawa sejak hal politik tanah air di mana kemelut untuk menentukan siapa yang menjadi Perdana Menteri ke-8 berlaku barulah dia dapat tidur lena kerana netizen sudah tidak memberi perhatian kepada isu keluarganya.

Mahu undur diri

Sebelum ini, Ali ada menyatakan dia sanggup mengundurkan diri dari dunia seni jika itu yang dimahukan oleh semua orang.

Menerusi satu sidang media, dengan rendah hati Ali telah memohon maaf kepada balu Allahyarham Nor Hidayah dan seluruh rakyat Malaysia yang terguris dengan apa yang telah dilakukannya.

Ali juga sempat memohon agar pemilik saluran YouTube Tv Terlajak Laris iaitu Datuk Seri Alif Syukri untuk pergi meminta maaf kepada ibunya berhubung masalah yang telah berlaku.

Di akhir sidang media tersebut, Ali Puteh memberitahu beliau sedia berundur diri dari dunia industri komedi sekiranya tidak diperlukan lagi.

“Saya secara jujurnya, jika saya tidak diperlukan lagi dalam industri hiburan tanah air, saya rela undur diri dari industri ini.”

 

View this post on Instagram

 

Insyaallah semoga dipermudahkan keje malam ni… insyaallah

A post shared by syed ali mubarrak aljuffrey (@aliputehofficial) on

Ali Puteh kembali ke pentas

Menerusi perkongsian di Instagram barubaru ini, Ali memuatnaik satu video di mana dia menjadi seorang hos di satu majlis.

Ali telah dijemput oleh MBPJ untuk mengendalikan satu acara pentas anjuran MBPJ.

Apa yang membuatkan Ali Puteh terharu adalah apabila penonton ketawa dengan lawak jenaka yang diberikan olehnya.

“Alhamdulillah keje smlm..mereka ketawa pon sy dah syukur..tq m.b.p.j kerana percaya pada sy.”

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah keje smlm..mereka ketawa pon sy dah syukur..tq m.b.p.j kerana percaya pada sy..

A post shared by syed ali mubarrak aljuffrey (@aliputehofficial) on

Rata-rata para pengikut Ali Puteh memuji persembahannya dan memberikan kata-kata semangat agar Ali dapat meneruskan kerjayanya sebagai pelawak.