[VIDEO] Baru Nak OOTD, Gadis Ini Terpaksa Sorok Muka Bila Selisih Orang Pakai Baju Sama

Perempuan kebiasaannya gemar mengambil gambar terutama ketika melawati sesuatu kawasan yang mempunyai pemandangan yang cantik, indah.

Tambahan pula apabila mereka sudah bersiap dan berhias sebelum keluar dengan memakai pakaian yang sesuai pastinya momen tersebut akan di kongsikan di media sosial.

Terserempak dengan individu yang berpakaian sama

Lazimnya golongan sebegini akan gigih untuk bersiap dengan pakaian atau penampilan yang cantik, kemas dan rapi.

Akan tetapi, kadangkala beberapa situasi sering berlaku tanpa diduga seperti berselisih atau terserempak dengan individu yang juga berpakaian atau berpenampilan serupa ketika berada di tempat awam.

Mereka berpakaian sama dari tudung hingga ke seluar

Jika hanya warna tudung sahaja mungkin tidak menjadi masalah bagi mereka namun jika baju dan seluar yang sama ia sesuatu yang dianggap memalukan oleh mereka.

Tambahan pula individu tersebut berpakaian serupa dengan diri mereka bermula dari tudung sehingga ke seluar seperti yang dialami oleh gadis ini.

Tidak disangka, gadis ini melalui suatu detik yang menghiburkan ketika sibuk mengambil gambar OOTD.

Individu itu dengan selamba mengatur langkah tanpa mempedulikannya

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya menunjukkan gadis tersebut terserempak individu yang turut mengenakan pakaian yang serupa dengan dirinya dari tudung hingga ke seluar.

Tanpa segan silu, individu terbabit mengaturkan langkah bahkan mengabaikan apa yang terjadi.

Gadis berkenaan sempat menyorokkan diri sambil menahan ketawa

Apabila gadis tersebut menyedari akan hal berkenaan dia hanya mampu menahan ketawa sambil menyorokkan diri daripada dilihat oleh individu tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka melalui detik-detik berkenaan sebelum ini.

Video tersebut raih lebih dari 3 juta tontonan

Ada yang turut beranggapan bahawa perkara tersebut adalah suatu kebetulan yang menghiburkan.

@aisyahfitria987malu – maluin banget ya allah 🤣🤣##janganfypnantiorangnyatau ##fypgppkan ##PUBGMEmojiCHECK ##itsokeynottobeokey ##fypシ ##fypdongahh ##gakmungkinmasukberand

♬ terimakasih emak terimakasi abah – tir

Rakaman video berkenaan telah mencuri tumpuan ramai dan berjaya meraih lebih dari 3 juta tontonan setakat ini.