“Penerbangan yang terakhir..” Pramugari Dirogol & Dibunuh 11 Lelaki di Malam Tahun Baru

Kematian seorang pramugari Philippines Airlines, Christine Angelica Dacera, 23 tahun, telah mendapat perhatian dunia apabila dia dijumpai mati di dalam sebuah tab mandi di sebuah hotel di Filipina.

Memetik laporan Daily Star, mangsa sebelum itu bersama kawan-kawannya bagi menyambut tahun baru 2021.

Walau bagaimanapun, momen-momen yang menggembirakan itu bertukar tragedi buat mangsa.

Polis telah memfailkan pertuduhan merogol dan membunuh terhadap 11 lelaki selepas mayat pramugari itu ditemui dalam sebuah bilik hotel di bandar Makati, Filipina.

Christine ditemui tidak sedarkan diri di dalam tab mandi di bilik hotel yang menjadi tempat dia bersama dengan rakan-rakan menyambut ambang Tahun Baru 2021.

Mangsa kemudian dibawa oleh tiga rakannya dengan bantuan kakitangan hotel ke hospital berdekatan dan pemeriksaan mendapati Christine telah meninggal dunia.

Ketua Polis Bandar Makati, Kolonel Harold Depositar, menahan 11 lelaki yang merupakan individu terakhir bersama dengan Christine pada waktu kejadian.

Polis kini sedang menunggu hasil laporan bedah siasatan dan toksikologi untuk menentukan tindakan selanjutnya terhadap 11 suspek terbabit.

Tiga daripada 11 suspek itu merupakan rakan Christine, manakala bakinya adalah individu yang tidak dikenali oleh mangsa dan merupakan kawan kepada tiga rakan Christine.

Kesemua suspek didakwa atas pertuduhan merogol berikutan penemuan kesan koyakan dan sperma di bahagian kemaluan mangsa. Selain itu, kesan lebam dan cakaran turut ditemui pada badan mangsa.

28 Disember 2020, mangsa ada memuat naik gambar terakhir yang menunjukkan dirinya memakai sut PPE dan bersandar di pintu pesawat.

“Penerbangan yang terakhir untuk tahun ini.”

Menerusi laporan The Sun,seorang saksi yang dikenali sebagai Galida, menceritakan dia sempat melihat Christine yang masih tidur dalam bilik mandi dan dia ketika itu sempat ‘menyelimuti’ Christine sebelum tidur semula.

Namun, selang beberapa jam, Christine dilihat tidak lagi sedarkan diri ditambah pula keadaan badannya yang sudah mula membiru.

Pihak polis mempercayai mangsa telah dirogol secara bergilir-gilir dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes rogol.

Tidak berakhir di situ, pihak polis turut menjumpai beberapa barangan terlarang di hotel tersebut.

Kini, kes tersebut telah diklasifikasi sebagai kes rogol. Terbaru, lapor News Info, kes tersebut telah ‘ditutup’ berikutan pihak polis sudah berjaya mengenal pasti suspek yang terlibat dalam tragedi itu.

“Kes ini dianggap selesai berikutan suspek telah berjaya dikenal pasti dan tindakan selanjutnya bakal diambil.”